Tuesday, August 2, 2016

Unknown

Fara Fauzana Sahkan Bakal Kahwini Ahli Perniagaan 17 September Ini [LAGI GAMBAR]

Akhirnya segala spekulasi mengenai Fara Fauzana terjawab apabila beliau tampil mengadakan sidang media mengesahkan perkahwinan beliau bersama seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz pada 17 September depan. Selain itu, Fara turut memaklumkan pada Febuari lalu, keluarga Hafiz telah pun datang merisik beliau dalam satu majlis yang ringkas.
“Kami tidak bertunang, sebaliknya hanya majlis bertemu keluarga diadakan sekitar Februari lalu. Majlis kahwin saya nanti juga sangat sederhana dan ringkas. Kemeriahan itu saya percaya akan dirasa daripada tetamu yang hadir. Saya pun banyak bertekak manja dengan ibu bapa kerana saya tidak mahu mengadakan beberapa acara berbeza, saya enggan menyusahkan sesiapa”

“Begitupun, kami hanya kian rapat dan serius ke arah perkahwinan sejak baru-baru ini. Kami bertemu selepas diaturkan teman pada sebuah majlis makan. Selama ini, kami selalu keluar beramai-ramai bagi mengelakkan perkara tidak diingini. Jadi, menerusi cara itu juga mungkin orang tidak dapat menghidu persahabatan kami,” katanya kepada Berita Harian Online.




Dalam sidang media itu juga, Fara memberitahu bahawa majlis pernikahannya dan pasangan bakal dilangsungkan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara. Manakala bagi majlis pernikahan pula, mereka memilih untuk melangsungkan di sebelah pagi dan diteruskan dengan acara resepsi pada tengahhari. Majlis bertandang pula akan diadakan seminggu selepas akad nikah.
Apabila ditanyakan lanjut mengenai kekasih hatinya, Fara memilih untuk memberitahu namanya sahaja terlebih dahulu. Selebihnya beliau akan memeperkenalkannya di majlis perkahwinan mereka. Walau apapun, tahniah diucapkan kepada Fara Fauzana dan pasangan, Hafiz diatas pengumuman majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. 
kredit: rotikaya