Showing posts with label FAKTA. Show all posts
Showing posts with label FAKTA. Show all posts

Friday, December 23, 2016

Unknown

[VIDEO!!] Bukan sekadar ahli ibadah bahkan Sultan kelantan YDP Agong Malaysia ke 15 ni mahir menembak, Jom tengok video kemahiran baginda

Baru-baru ini sultan kelantan telah dilantik menjadi YDP Agong ke 15 Malaysia. Kecoh dengan gaya hidup baginda yang beserdahana terutamanya ketika pergi ke masjid untuk solat berjemaah. 

Timbul pula ahli politik AMANAH mengeluarkan kenyataan kalau setakat nak jadi ahli ibadah baik berhenti jadi agong

Kali ni viral pula video kemahiran Agong dalam menembak

Yang di-Pertuan Agong ke 15 seorang yang cekap dalam bermain senjata, video ini dirakam semasa Pertandingan Menembak Mahabbah ( Acara Side Arm ) bertempat di Lapang Sasar Gunung, Bachok

.
Baca Lagi

Tuesday, September 6, 2016

Unknown

Jom tengok Biodata dan Rekod Kejayaan SAFIEY ILIAS Yang Kembali Jadi Pondan Semula

Kenali biodata Siapa Safiey Illias pondan jutawan Malaysia jadi lelaki semula. Isu Safiey Ilias kini mula mendapat perhatian umum apabila “gadis” ini telah insaf dan balik ke pangkal jalan untuk jadi lelaki semula. Pembedahan untuk membuang implan telah berlangsung dengan lancar bertempat di Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu 16 April 2016. Perubahan yang dilakukan oleh Safiey Ilias telah mendapat sokongan pengguna laman sosial dan kini kisahnya turut terpapar di media cetak tempatan.
Biodata Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula

Nama Penuh: Saifuddin Bin Illias
Nama Komersial: Safiey Illias
Umur: 22 Tahun (2016)
Tarikh Lahir: 19 Mei 1994
Asal: Felda Lakum , Lanchang Pahang
Alamat Terkini: Kuala Lumpur
Jantina: Lelaki
Pekerjaan: Usahawan Online Produk Perlaking, Pakar Motivasi dan Mentor dalam dunia perniagaan
Pendidikan: 5 A UPSR, 8A PMR dan SPM (Semua A)
Sekolah: Sekolah Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), SMK Datuk Bahaman , Lanchang, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK), UITM Shah Alam
Foto Safiey Ilias menunjukkan beliau merupakan seorang pelajar cemerlang dengan mencatat 8A PMR

Fakta Kejayaan Safiey Ilias Pondan Jutawan Malaysia
  • Merupakan seorang pelajar cerdik dan telah mendapat semua A dalam UPSR, PMR dan STPM
  • Telah mula berniaga sejak dari Tingkatan 4 lagi dari asrama di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Pahang
  • Memulakan bisnes tanpa modal pada ketika itu dengan mendaftar sebagai dropship produk kecantikan.
  • Bukan datang daripada keluarga berada. Pada masa itu, ayah Safiey Ilias hanya memakai kereta kancil
  • Mula menjana simpanan RM200K pada usia 17 Tahun sebaik sahaja tamat sekolah menengah
  • Masuk ke UITM tapi berhenti belajar kerana ingin fokus kepada perniagaan
  • Produk pertama keluaran sendiri adalah produk “Aurora” dengan modal RM500
  • Pada usia 19 tahun telah mampu membeli rumah secara tunai
  • Membeli kereta mewah seperti Camry, Audi, Mini Copper dan Hummer secara tunai
  • Menjana keuntungan 1 hingga 2 Juta pada usia 22 Tahun
  • Dalam mengecapai kejayaan Safie Ilias juga telah menyimpang jauh daripada Allah kerana melakukan suntikan horman untuk menjadi seorang wanita. Selain itu, telah melakukan pada bahagian dadanya supaya memiliki ciri-ciri seorang wanita.
  • Safiey Ilias juga telah dihujani dengan pelbagai kontroversi dengan ramai mendakwa beliau sebagai “Ahli Neraka”
  • Pada usia 22 tahun, beliau telah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Perubahan semula Safiey menjadi lelaki semula telah diterima baik oleh masyarakat.
Gambar Terkini Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula
Hidayah milik Allah, pada 16 April 2016 Safiey Ilias telah balik ke pangkal jalan dengan melakukan pembedahan untuk membuang implan pada bahagian dadanya.



Antara Produk Milik Safiey Ilias Dibawah Syarikatnya DSI Empire
Antara Gambar Kereta Mewah Milik Jutawan Safiey Ilias


   

Sumber: Biodata Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula | melvister.com 
Baca Lagi
Unknown

WAJIB TONTON!! 'Train To Busan', filem ZOMBIE KOREA Mendebarkan yang sekarang ini berjaya tersenarai BOX OFFICE KOREA

Movie Korea Terbaru Train To Busan telah mencetuskan fenomena dengan ceritanya yang menarik serta dibarisi pelakon yang hebat. Jarang sekali kita lihat Movie korea yang memaparkan babak Zombie dan ini adalah kali pertama korea membawa watak seram zombie dalam movie. Hebatnya movie ini kerana telah menjadi rebutan oleh hollywood dan perancis untuk remake movie ini.

Sinopsis Train To Busan

Mengisahkan Seok-Woo yang sangat busy dengan kerjayanya sebagai manager amanah saham sehingga terlupa hari jadi anaknya iaitu Soo-An. Soo-An yang kecewa dengan hadiah yang diberi oleh ayahnya telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan maknya di Busan.
Jadi nak tak nak Seok-Woo yang telah bercerai isterinya terpaksa menunaikan permintaan Soo-An yang rindu sangat pada maknya.
Ketika perjalanan Seok-woo bersama anaknya Soo-An menaiki kereta api berlaku rusuhan di antara Zombie dengan manusia. Ini menyebabkan keadaan dalam kereta api menjadi panik dan Seok-Woo bersama Soo-An berlari menuju ke gerabak yang lain lebih selamat.

sedia utk menyerang Zombie

Keadaan menjadi tidak selamat apabila stesen yang sepatutnya berhenti tidak selamat untuk turun ini disebabkan terlalu banyak zombie yang ditemui secara tiba-tiba dan menyebabkan Swok-Woo dengan anaknya lari semula ke arah kereta api dan menuju ke arah Busan yang dikatakan Bandar yang selamat. Namun, Seok-Woo telah terpisah dengan anaknya antara gerabak yang berbeza di mana pertengahan gerabak ada zombie yang telah dikunci pintunya.
Bagaimana Seok-Woo mahu ke gerabak anaknya sedangkan di antara gerabak mereka ada Zombie?

Review Train To Busan

Tajuk simple je tapi jalan cerita memang terbaik. Bukan senang nak tengok Movie korea yang ada zombie ni. Sekali korea buat movie zombie terus meletop.
Zombie movie ni lebih kurang macam World War Z, kena gigit je beberapa minit terus jadi zombie. Memang sekejap dan laju je serang manusia. Waktu malam (dalam terowong yg gelap) jadi lembab tapi siang jadi aktif.  Zombie korea lebih pada penglihatan berbanding deria bau.

Seok-Woo dan Soo-An terperangkap antara 2 kereta api

Movie ni dalam seram pun ada main emosi yang comfirm buat korang sedih gila lagi2x part akhir. Korea memang pandai kalau bab2x sedih ini.  Last2x orang yang diselamatkan survive.
Baca Lagi

Thursday, September 1, 2016

Unknown

Umur 3TAHUN Sudah Hafal 15SURAH ALQURAN, Ibu Dedah RAHSIA AJAR ANAK KECILNYA UNTUK MUDAH HAFAL ALQURAN

Sudah pasti ramai diluar sana menginginkan anak mereka dapat mempelajari sesuatu pada usia masih kecil terutamanya belajar Al Quran, tetapi ada yang mencuba tetapi tidak berjaya, mungkin kerana tidak tahu cara yang betul.

Ada yang putus asa mengajar kerana mereka masih tidak faham apa-apa, dan ada yang tidak kisah kerana menganggap mereka masih kecil.

Tapi, alangkah sejuknya hati seorang ibu jika anak seawal tiga tahun sudah pandai memperdengarkan kepada kita surah-surah Al Quran walaupun bunyinya masih pelat? bagaimana nak ajar anak sekecil itu menghafal Al Quran?



Seorang ibu bernama Puan Fatimah Mohamad Adi telah mendedahkan tips yang digunakannya sehinggakan anaknya yang baru melangkau 3 tahun sudah boleh manghafal 15 surah Al Quran.

Jom kita baca perkongsian berliau.

TEKNIK MENGAJAR ANAK AL-QURAN SEAWAL USIA

Bismillahi rahmani rahim...

Untuk ibu-ibu hebat, kawan-kawan yang dikasihi sekalian. InsyaAllah di post ini, sebagaimana permintaan sahabat-sahabat berkaitan post lepas, saya akan share sedikit sebanyak apa yang saya praktikkan di rumah bersama-sama anak-anak, Thoriq dan Fateh di rumah.

Untuk pengetahuan, Ahmad Thoriq berumur 3tahun 8bulan, dan Ahmad Fateh berumur 1tahun 4bulan. Intensif pengajaran dan hafazan lebih khusus kepada Thoriq yang hanya mula bercakap sekitar December 2015 yang lepas. Sehingga kini belum pun petah dan masih pelat. Pun begitu, Thoriq hampir menghafaz 15 surah. Alhamdulillah biiznillah. Ahmad Fateh pula lebih kepada pengenalan dan pengecaman huruf-huruf hijaiyah.

Mengenai Thoriq khususnya, ada yang pm dan call bertanya "bila Tim start ajar Thoriq?". "Susah tak Tim nak start?". "Macam mana nak buat untuk anak participate?". "Anak kan kecil lagi dan tak faham pun lagi?". "Tak awal sangat ke Tim?".

____________________________________________________



Ini MOTIVASI saya.

"Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya" - HR Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah.

"Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan al-Quran kerana mengingatiKu dan meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan selebih-lebih baik daripada semua orang yng meminta kepadaKu. Dan kebaikan Kalam Allah itu ke atas semua kalam seperti kelebihan Allah ke atas semua makhlukNya" - HR Tirmidzi.

"Bacalah Al-Quran, kerana Al-Quran akan datang pada hari kiamat nanti sebagai syafi' (pemberi syafa'at) bagi yang membacanya" -HR Muslim.
_____________________________________________________

Banyak sekali manfaat belajar Al-Quran yang disebutkan oleh Nabi di dalam hadith, tidak terhitung.
Bahasa paling mudah, saya jadi CEMBURU, SENTAP dan TERPESONA.

Tidakkah beruntungnya seorang ibu tatkala anaknya beroleh kefahaman al-Quran di tangannya? 

Tidakkan beruntung seorang ibu bilamana anaknya membaca al-Fatihah di seluruh kehidupannya di dalam solatnya hasil didikan sang ibu? Tidakkah beruntung ibu yang melahirkan anak-anak pencinta al-Quran yang kemudiannya berusaha memahami ayatnya dan mengajari yang lain untuk mengagungkan Tuhannya?

CASH CREDIT ke akaun sang ibu. Ya, ini motivasi saya.

Saya cemburu pada ustaz/ustazah kalau merekalah yang mendapat cash credit ini. Saya mahu masuk dalam golongan orang yang mengajarkan al-Quran ini. Yang terdekat adalah anak-anak sebagai murid saya. Ini yang saya dengar dan mula-mula belajar dari Puan @Lina Karim Islamic Parenting Network sekitar Sept.2012 yang lalu. Antara seminar awal yang saya hadiri.

Sebelum dapat Thoriq lagi, saya berminat untuk mengajar anak seawal mungkin, tapi hilang sumber di mana nak mula? Saya dah terbakar nak mula, tapi tak tahu perkara mula yang perlu dibuat? Pusing-pusing akhirnya back to square one.

Berbekalkan MOTIVASI ini, saya terus buat saja. Sedikit-demi-sedikit, berterusan. Ya, BERTERUSAN dan ISTIQAMAH di sini key factor bagi sang ibu. Dengan apa yang saya lalui bersama Thoriq sejak lahirnya 2012, sekarang prosesnya lebih mudah dan cepat. Jadi rujukan sendiri untuk Fateh dan anak-anak yang seterusnya, insyaAllah.


TEKNIK YANG KAMI PRAKTIKKAN DI RUMAH:

1. Dedahkan bacaan al-Quran bagi anak

2. Pengulangan ayat sebanyak dan sekerap mungkin

3. Tasmi' ayat -- ini sudah masuk bab testing memori anak. Ada beberapa kaedah yang boleh Ibu buat untuk bantu kuatkan dan sekaligus menguji memori si anak
-tunjukkan visual ayat
-betulkan sebutan
-pengulangan tanpa urutan ayat
-chunking words
-penceritaan mengenai surah dan ayat

4. Ulang step 2 dan 3 secara berterusan dan kreatif dalam aplikasikan pengulangan surah untuk galakkan anak participate.

Ini rumusan yang boleh saya simpulkan berdasarkan apa yang kami lakukan di rumah, bukan sekadar bercakap semata-mata. Saya detailkan target hafalan anak saya dengan jadual dan target surah. Sila rujuk gambar di bawah.

Alhamdulillah. Sebenarnya teknik ini sangat mudah ibu-ibu sekalian.
_____________________________________________________

Mari saya detailkan.



FASA 1: SEMAIAN MINAT ANAK

STEP-1: Saya mula dengan mengajak suami ke Court Mammoth untuk BELIKAN CD/DVD/USB PLAYER di rumah. Di situ seninya isteri untuk bagi hint kepada suami, inilah yang kita akan buat untuk anak-anak kita. Inilah projek akhirat kita. Nak bagi ada role suami. Nak bagi ada creditnya suami dalam menjayakan pendidikan al-Quran di rumah, walaupun pada hakikatnya akan banyak sang Ibu yang bergelut sendiri. 😅


STEP-2: Saya mula PASANG BACAAN al-Quran di rumah dengan selection hanya pada juzuk30. Tapi saya terfikir sendiri banyaknya. Berat la pula. Jadi saya groupkan kumpulan surah-surah di dalam juzuk 30. Akhirnya saya buka 24hours nonstop 10 surah pendek yang saya targetkan dahulu di rumah. Sampaikan kadang-kadang 'menerima' teguran sentap dari suami, sampai bila ni nak buka? Mmm..saya terfikir sendiri. Thoriq baru berumur sekitar 4-6 bulan ketika itu.


STEP-3: Saya mula jadikan RUMAH SEBAGAI TADIKA. Tak kira rumah di KL atau rumah sewa di Johor ketika itu, seluruh rumah kami ditransform menjadi sebuah tadika. Lekat di sana sini huruf hijaiyah, itu biasa. Ini bagi mencambahkan minat Thoriq dengan huruf-huruf al-Quran. Bagusnya peranan printer Epson saya menjadi saham akhirat kami. Rumah di seluruh corok di bilik-bilik, cabinet dapur, hatta di depan toilet dilekatkan dengan huruf hijaiyah dan du'a-du'a untuk Thoriq tengok dan pegang. Perangai ni saya bawa sampai ke Jepun masa suami ditukarkan ke sana untuk setahun. Thoriq sudah berumur 1tahun 8bulan ketika ini. Inilah juga yang saya amalkan kini bagi Fateh.

STEP-4: Saya mula BUAT KIT. Segala macam kit saya mula buat ketika ini. Ada juga terlari sekejap fokus pendidikan al-Quran Thoriq, bukan setakat hijaiyah, abc, math, pengelasan nama-nama haiwan dan benda mula saya buat dalam bentuk kit. Handy dan mudah kerana ketika ini kami banyak travelling dengan flight dan bas.
_________________________________________________

FASA 2: ANAK MULA KELUARKAN HASIL


STEP-5: Selesai urusan di Jepun dan Johor, saya kembali ke rumah kami di KL. Saya mulakan kembali PEMASANGAN PLAYER bacaan al-Quran 24hours nonstop. Sampai kadang-kadang saya terganggu kerana saya belajar dan menulis thesis di malam hari. Ada ketikanya di sini saya mula culas dengan diri, saya on-off kan bacaan untuk kepentingan sendiri. Pada masa yang sama, saya masih berusaha mencari kaedah yang bersesuaian dengan Thoriq sesuai dengan umurnya yang menghampiri 3tahun lebih ketika ini.

STEP-6: Akhirnya, sekitar September 2015 yang lepas saya mula gantikan player dengan saya SENDIRI BACAKAN SURAH-SURAH yang mahu anak hafaz pada setiap malam. Berulang-ulang. Saya nekad surah baru saya akan bacakan bagi anak hampir 10x dalam sehari. Ada ketikanya hampir 5x pada satu-satu masa, khususnya ketika slot tidur malam. Bayangkan betapa anak saya harus mendengar saya membaca dan betapa saya gigih membacakan walaupun anak ajak bersembang benda-benda lain. Pun begitu, anak tetap tekun mendengar ketika ini kerana dia sudah biasa mendengar di ruang rumah di sepanjang hari ketika bermain. WALLAHI, proses pengajaran ketika ini menjadi sangat mudah dan cepat. Thoriq juga ketika ini sudah mula humming words dalam ayat yang didengarnya dengan bahasa pelatnya.

STEP-7: Guna ALAT BANTU MENGAJAR. Sekitar Januari lepas, Allah memudahkan usaha saya dengan menemukan saya dengan ibu-ibu hebat yang telah jauh ke hadapan. Alhamdulillah. Saya mula mengikuti fb Puan Zaiton Abd Rahman. Saya terapkan kaedah beliau untuk anak istimewanya syamil dalam membuat kit al-Quran yang handy dan visual untuk Thoriq. Saya juga adaptasi penggunaan player di rumah dengan iQuran Apps di dalam smartphone. 

Lebih handy dan trendy di dalam kereta ketika travelling bersama. Sekitar Mac yang lepas, Allah bantu dengan menemukan saya pula dengan Puan Siti Aminah Anakku Alhafiz untuk enhance imaginasi anak menggunakan kaedah penceritaaan. Ini, saya masih dalam proses belajar secara intensif. 

Pun begitu, saya teruskan saja buat dengan melukis gambar binatang yang ada di dalam al-Quran, khususnya dalam Juzuk30. Saya juga menggunakn siri zaky and friends dalam memasukkan unsur penceritaan. Ada lebih kurang 5-6 surah yng diceritakan secara graphic dalam bentuk video yang menarik. Tidak lama selepas itu, saya berjumpa dengan radio mini al-Quran, yang kini menjadi alternatif untuk Thoriq membuat ulangkaji bacaannya. Sama ada melalui HS saya, player di rumah ketika bermain atau radio mini ketika tidur malam.

Pun begitu, bacaan saya tetap menjadi request Thoriq untuk tasmi' sebelum tidur malam.


STEP-8: APLIKASIKAN KREATIVITI untuk terus menggalakkan anak participate dalam proses hafalan dan pembacaan. Ini perlu usaha-sama suami dan ahli keluarga terdekat. Saya mula pelbagaikan bacaan tasmi' Thoriq dalam situasi ketika mana Thoriq minta untuk dibukakan movie haiwan kesukaannya, minta makan ais-cream, minta vitamin, nak ke rumah nenek, atau ketika minta untuk dibacakan buku-buku yang dipilihnya di rak library rumah. Saya terus-terang kepada keluarga untuk sama-sama membantu mentasmi' bacaan Thoriq pada ketika mana mereka bersama Thoriq, hatta ketika Thoriq cuba-cuba untuk mengacah mengambil smartphone mak-ayah saudaranya. Alhamdulillah ibu mertua, mak dan k.ipar yang sentiasa bersama seringkali membantu melancarkan bacaan Thoriq.

Beginilah rutin kami seharian di rumah.
_____________________________________________________


Saya tidak terlepas dari amarah, letih dan kecewa dalam mendidik anak mengajarkan al-Quran. Saya masih terus belajar dan mencuba untuk anak. Saya masih mahu termotivasi dan mencabar bagi menjadi guru pertama yang mengajarkan anak-anak saya al-Quran bermula di rumah. Itulah fitrahnya manusia, bila lelah, akan terjatuh. Namun, sesudah jatuh insyaAllah akan terus-terusan menjayakan usahanya. Cukuplah motivasi Allah redha menjadi asbab utama untuk terus menjadikan projek Akhirat ini hidup di dalam kehidupan dan rumah kami, dan kita.

Jika dinilai semula, anak saya baru mendapat beberapa surah sahaja sejak bermula teknik Fasa2 sejak Oktober lepas. Sudah hampir 7 bulan berlalu. Apa yang ingin saya kongsikan di sini lebih kepada sistem yang kami amalkan di rumah. Speed anak berbeza-beza. Ada yang cepat dan ada yang slow. 

Bergantung kreatif ibu dan respon si anak. Untuk anak saya, Alhamdulillah nampak sekarang makin berminat, jadi proses menjadi lebih cepat dan mudah. Sekarang anak menghafaz 2-3 surah sekaligus dalam satu-satu masa. Mungkin sudah ada ibu-ibu yang sudah pun bermula dengan anak masing-masing. Tahniah saya ucapkan. Mari kita terus istiqamah. Saya yakin anak-anak menjadi genius dan kreatif dengan dekatnya al-quran di hati mereka.

Apa yang ingin saya tekankan di sini, buat kawan-kawan dan ibu-ibu hebat sekalian. Never too late. Ia terlambat jika tidak dimulakan dari sekarang, sesudah kita diberikan hidayah dan ilmu. Anak-anak kita dan generasi muda sekarang hidup membesar dalam suasana kerosakan yang masuk direct ke dalam rumah kita. Gelas yang tidak diisi sebaiknya, nescaya akan dipenuhi juga. Begitu juga, anak-anak kita yang dilahirkan dengan segala potensi yang ada padanya, jika tidak diisi dan digilap, PASTI akan ada yang menggilapkan bakatnya oleh yang lain.

Post ini bukan bertujuan meraih populariti kerana banyaknya bilangan surah hfalan anak. Ia bukan satu perbandingan atau perlumbaaan anak siapakah yang lebih baik, banyak atau bagus bacaannya. Sebab kita tak akan mampu tahu masa depan anak-anak kita. 

Tapi kita mampu berusaha dan berikhtiar. Saya pernah terjumpa ibu yang anaknya sudah menghafaz hampir lebih 25surah juzuk30 walaupun baru berumur 2tahun lebih. Begitu juga anak puan lina karim dan puan siti aminah yang mampu menghafazsurah2 panjang seawal usia. Anak buah sedang berusaha menghafaz juzuk 28 di kala umurnya kini baru 7 tahun. Kita pulangkan natijah semula kepada Allah. Mari kita tekankan usaha kita ini sebagai Projek Akhirat kita bermula di rumah.

Akhir kata, saya suka untuk membawakan kata-kata Yusuf Qardhawi sebagai motivasi terusan buat semua. Sungguhlah, "Ibu adalah Rabbatul bait", yakni pengurus dan pengatur kepada rumahtangga dalam segala segi. Adalah FARDHU bagi ibu tersebut untuk menjalankan tugasnya mendidik dan mengasuh anak-anak di bawah jagaannya dengan segala daya dan potensi yang ada. Dan fardhu di sini membawa maksud wajib ke atas sang Ibu.

Makanya, sama-samalah kita usahakan, moga kita mampu melahirkan anak-anak pencinta al-Quran. Bukan setakat menghafaz, kita perlu naik ke level seterusnya yaitu faham dan amal juga. Satu hajat saya, jika post ini berguna, inshaAllah pohon panjangkan. Ingatlah, "Life without al-Quran, has no Light" dalam kehidupan kita sehari-harian. Moga Allah membantu kita semua ibu-ibu Malaysia dalam melahirkan generasi cintakan al-Quran.

Moga post ini bermanfaat buat kawan-kawan yang bertanya dan pm saya. Moga ia juga bermanfaat buat ibu-ibu yang masih mencari arah. InsyaAllah.

P/S: Saya belanja beberapa photo yang mungkin berguna untuk dijadikan rujukan.

Moga Allah redha,
Fatimah Mohamad Adi
16hb Mei 2016
Baca Lagi

Tuesday, August 16, 2016

Unknown

SAYA HIDUP SUSAH. Selepas Mengamalkan Surah Al-Waqiah Terjadi Sesuatu Yang Amat Mengejutkan...

Segala ketentuan dalam hidup ini telah pun ditetapkan oleh Allah samada didalam bab Jodoh, Ajal, Rezeki, dan semua dalam kehidupan kita. 

Salam semua.
Sekadar berkongsi. Ambil yang baik, buang yang buruk.
Sy tak berhenti cari kerja, berbulan cari, padahal sy cari kerja part time je. Kedai high end, kedai makan, you name it, semua saya apply. Akhirnya sangkut satu company, buat sales, tapi takda basic, komisyen sahaja. Bidang pun sy tak minat. Kos nak pergi kerja lagi bukan murah. Lepas reject tawaran tu, saya fikir banyak kali, kenapa lah tak cuba je kerja tu, entah entah saya boleh perform, dapat la jugak gaji. Memang menyesal. So sy job hunt lagi, berbulan lamanya.


Saya terbaca confession kat page ni, pasal Al-Waqiah magnet rezeki. Ya, benar. Ada satu malam tu, lepas solat subuh, saya baca Al-Waqiah, niat utk dimurahkan rezeki. Tapi Allah sentuh hati saya malam tu. Menangis saya baca Al-Waqiah. Kenapa? Sebab saya baca maksud surah tu sekali. Saya ingat maksud surah tu berkait dengan rezeki, rupanya tidak.

Sayu hati masa baca, teringat banyak dosa saya buat sebelum ni. Saya buat solat sunat taubat. Zikir tak henti, mintak ampun tak henti, doa tak henti. Sampai saya letih. Esok nya saya sambung cari kerja semula. Then petang tu, saya bukak email, ada dua email dari company yang saya pernah apply. Email pertama, mereka kata permohonan gagal, dalam hati saya, saya patut sedar diri, tak mesti buat ibadah satu malam, terus makbul doa, lagi lagi banyak dosa saya sebelum ni. Saya pun bukak email kedua, mungkin company ter-resend email sama. Tapi sbenarnya email kedua tu jemput saya pergi interview, untuk jawatan yang berbeza. Alhamdulillah, saya tahu tak mesti saya dapat kerja tu, tapi sekurangnya diberi peluang untuk pergi interview, dapat atau tak, tu Allah je boleh tolong.

Selang beberapa hari, saya dapat mesej dari bekas majikan saya, tanya saya free tak, nak mintak saya kerja dengan dia satu dua hari, Alhamdulillah. Sehari dua pun, ada jugak dapat duit dari tak buat apa. Malam yang sama, saya pergi berbuka puasa di masjid. Berkat terawih tiap malam juga agaknya, ada akak ni yang saya selalu bertegur kat masjid, dia tanya saya nak kerja tak. Gaji mahal, tapi part time. Alhamdulillah.

Nampak tak the power of dua’s on Ramadhan, the power of Al-Waqiah, the power of taubat, the power of ibadah. Tiga tawaran kerja part time sekali gus. Saya cari part time sebab saya duduk di negara orang, visa lagi beberapa bulan expired. Saya student di negara yang islamophobia kuat. Saya bertudung, Islam. Jadi memang lagi susah kalau nak dapat kerja.
Apa pun saya bersyukur sangat sekarang. Jadi yang belum dapat kerja, or duit asyik tak cukup, cuba lah baca Al-Waqiah, solat fardhu jangan tinggal. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi Allah kasihi kita. Perancangan allah hebat, jadi jangan pernah putus asa.


– Bunga Pastel
Sumber : IIUM Confessions
Baca Lagi

Sunday, August 14, 2016

Unknown

WANITA WAJIB TAHU!! 25 RAHSIA Yang LELAKI SUKA Tentang Wanita, Kalau PANDAI yang NOMBOR 24 tu KONFEM mana-mana LELAKI CAIR

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.


4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah
Baca Lagi

Saturday, August 13, 2016

Unknown

VIRAL!!! Kisah Farhiyah Fadzy yang Tak Mahu Ibu Dipersalahkan, Beliau Nekad Untuk BUANG 80kg BERAT BADAN

Tak mahu ibu dipersalahkan kerana dia terlalu gemuk, wanita ini nekad untuk berubah. Dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 16 kg untuk 6 minggu. 
Katanya, bukan mudah untuk mendapatkan berat badan seperti sekarang, banyak cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi. Hilangkan 80kg berat badan bukan satu benda mudah. Lihat bagaimana wanita ini berjaya menurunkan berat dari 153kg turun sehingga 72kg. Baca ni:
“Semakin naik badan si farah tu, Kamu tak nasihatkan ke Ani?” Ibu hanya mampu tersenyum bila orang sekililing mempersoalkan dirinya dan seolah-olah tak pandai menjaga saya dan tak prihatin kepada keadaan fizikal saya.
Saya tahu jauh disudut hati ibu, luluh hatinya apabila dia dituduh sebegitu.
Saya pula hanya tertunduk dan hati berasa pedih kerana saya tahu ibu saya tak pernah berhenti nasihatkan saya. Tetapi saya buat tak tahu sahaja. Kasihan ibu.
Maafkan saya ibu, kerana degil tak mau berubah dan ibu disalahkan. Satu hari saya nekad, saya tak mahu lagi ibu disalahkan. Saya nekad untuk berubah.


--
KEPERITAN YANG ANDA MUNGKIN TAK PERNAH TAHU APABILA SEBERAT 153KG
Diam tak diam, berat saya mencecah 153.3kg. Tinggi tak sampai 150cm, fizikal saya sangat membataskan aktiviti-aktiviti harian saya sama ada di rumah, pejabat dan di tempat awam.
Apabila pergi ke pusat membeli belah, saya tak boleh berjalan jauh disebabkan berat badan yang amat sangat terutamanya pada kaki.
Sekiranya jalan lebih daripada biasa, saya akan mengah dan semput.
Jadi, saya terpaksa mencari tempat letak kenderaan yang paling hampir dengan pintu masuk dan sanggup menunggu dan berpusing banyak kali bagi mendapatkan lokasi yang dekat.
Selain itu, kaki saya juga mengalami bengkak di sebabkan ‘water retention’ yang mana saya rasa tak selasa sepanjang hari walaupun dalam keadaan duduk.
--
UMUR BARU 20-AN, TETAPI SUDAH SOLAT DUDUK
Perkara yang saya paling ralat ketika masalah berat badan ini adalah saya tak dapat solat seperti orang biasa.
Pada umur 20-an saya terpaksa sambahyang di atas kerusi kerana saya tak dapat menampung berat badan saya ketika tunduk dan duduk di bawah. Cuba juga untuk duduk, tetapi payah dan perit hanya tuhan yang tahu.
--
MERASA RENDAH DIRI
Saya juga turut mengalami masalah ‘inferiority complex’. Lebih-lebih lagi saya seorang perempuan yang mana saya merasa sangat rendah diri untuk berada di khalayak ramai terutama ketika berada di tempat awam.
Ini kerana saya merasa semua orang memerhati, mengata dan mentertawa saya. Terngiang di kepala seperti ada orang mengata “eee.. gemuknya…!”
Atas sebab itu saya lebih selasa berada di rumah atau bersama teman rapat sahaja.
Namun, jauh di sudut hati saya, saya merasa kasihan kepada teman-teman rapat saya yang terpaksa membataskan had mereka dalam melakukan aktiviti hanya kerana mahu saya selasa dan menjaga hati saya.
--
TAK MAU HATI IBU TERGURIS
Saya nekad, saya kuatkan hati dan tak mau hati ibu terguris lagi. Dengan bantuan kakak dan rakan beliau, saya daftarkan diri menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia musim ke Empat.
Misi kurus badan saya bermula pada Januari 2015 di mana saya telah menyertai kawasan Ampang di bawah Team Leader Agam.
Pada mulanya, saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk kurus. Cuma lebih kepada mau dapatkan ilmu-ilmu baru dalam fitness dan cara diet yang betul.
Dengan semangat daripada rakan-rakan dan juga keluarga, pada minggu pertama, saya telah berjaya hilangkan berat badan sebanyak 6.6kg!
--
16KG UNTUK 6 MINGGU
Semangat saya terus meningkat. Siapa sangka saya dapat turunkan 6.6kg untuk minggu pertama. Namun coach ada ingatkan, jumlah yang banyak ini adalah air kerana saya gemuk air.
Betul apa yang diingatkan oleh coach, minggu kedua dan ketiga berat saya tak turun. Namun saya tetap fokus dan cuba cari jalan dan mula disiplin menjaga makan.
Alhamdulillah untuk usaha yang berterusan sepanjang JK1M #4, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kg dalam tempoh 6 minggu.
--
IBU MULA TERSENYUM
Disebabkan hilangnya KG sebanyak itu, saya mula tanamkan azam untuk teruskan misi saya walaupun ianya mengambil jangka masa yang lama.
Bagi saya yang penting adalah istiqomah dan ‘enjoy’ dengan setiap aktiviti yang saya lakukan.
Saya mula nampak pelbagai perubahan kecil yang berlaku pada diri saya walaupun orang luar tak perasan perubahan itu.
Contohnya sebelum ini saya tak dapat buat senaman seperti org lain, tetapi setelah beberapa lama mengikuti latihan yang disediakan saya mampu ikut aktiviti-aktiviti tersebut seperti orang biasa.
Paling penting, Ibu saya mula tersenyum melihat saya semakin hari semakin kecil.
--
HILANG 80KG, PERJALANAN YANG BUKAN MUDAH
Selepas tamat program JK1M musim ke empat, saya mencari program lain sementara menunggu JK1M yang seterusnya. Selama setahun saya berlatih di bawah coach Zack Zakwan dan coach Bo termasuk JK1M musim ke lima dan ke enam.
Banyak ilmu yang telah diajar dan bersama mereka juga saya telah berjaya kurangkan berat badan yang banyak.
Sepanjang perjalanan ini memang ada cabaran yang saya rasa mau untuk give-up antaranya ketika berat badan saya turun semakin lambat.
Sebelum ini, dalam tempoh sebulan, saya boleh turun lebih daripada 6 kg. Sekarang paling banyak pun adalah sekitar 3kg sahaja.
--
SEMANGAT KADANG-KALA JATUH
Apabila keadaan ini terjadi, semangat saya jatuh. Namun atas sokongan daripada sahabat-sahabat dan keluarga, Semangat saya bangkit semula.
Alhamdulillah sehingga Julai 2016 saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 80kg. Perjalanan yang bukan mudah tapi saya tahu ia amat berbaloi.
Syukur saya panjatkan kepada Tuhan yang memberi rezeki ini dan sokongan padu dari ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang tak pernah berputus asa.
Perjuangan perlu diteruskan kerana sasaran saya adalah mau mencapai capai berat ideal. Insyallah
--
TIP UTAMA MENGURANGKAN BERAT BADAN
Perkara paling penting dalam kurangkan berat badan ada 10 perkara:
1. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan jangka masa panjang
2. Istiqamah dengan apa yang kita lakukan. Biar lambat asalkan kita capai
3. Melakukan setiap senaman dengan rasa seronok tanpa rasa beban – Enjoy & Fun
4. Bergaul & berkawan di dalam kelompok yang mempunyai tujuan & minat yang sama – mudah untuk bertukar-tukar pendapat dan ilmu & melakukan aktiviti bersama
5. Tidur yang cukup
6. Pengambilan air yg secukupnya
7. Melakukan aktiviti-aktiviti sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu – kalau boleh elakkan dari rehat lebih dari 2 hari berturut-turut
8. Mengambil ukuran badan setiap 2 kali seminggu
9. Perlu ada hari berehat dalam setiap minggu
10. Perlu ada usaha yang berterusan dalam mencari ilmu fitness & diet – perlu rajin membuat bacaan berkaitan fitness & die dan merujuk kepada mereka yang pakar

Baca Lagi