Tuesday, August 2, 2016

Unknown

2200 SHARE di FB!!! Ketahui Bagaimana Nak Dapatkan Dividen Tabung Haji Yang Tinggi Menggunakan Dividen ASB

Bagi pelaburan ASB Financing , ramai yang menggunakan teknik ulangan iaitu bayar satu tahun saja lepas tu dah dapat dividen, guna dividen untuk bayar balik ansuran.
Ada yang ambil dividen terus bayar setahun untuk ansuran ASB Financing.
Bagi aku itu langkah kurang yang menguntungkan. Nak tahu macam mana nak dapat lagi duit tambahan?
Ini adalah cara yang boleh digunakan jika kau orang buat pelaburan pembiayaan ASB guna Maybank. Yang buat Standing Instruction.
***
1. Bawa buku Tabung Haji
2. Pergi mesin ATM Maybank.
3. Masukkan kad ATM Maybank
4. Pilih Tabung Haji
5. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji
6. Masukkan Nombor Siri Buku
Tadddaa... Akaun Tabung Haji anda diaktifkan dalam Maybank2u.
***
Bila sudah dapat dividen ASB pada awal tahun Januari :
1. Pindahkan dividen ASB (buku biru) ke dalam akaun Maybank kau orang dekat kaunter Maybank. Tidak boleh secara online.
2. Buka Maybank2u.com.my dan pindahkan dividen ASB ke dalam akaun Tabung Haji menggunakan pilihan Pindahan Dana Antara Akaun Sendiri (Maybank ke TH)
3. Tiap 1 hari bulan, pindahkan jumlah yang perlu dibayar ansuran ASB Financing daripada akaun Tabung Haji ke dalam akaun Maybank balik.
Faham tak? Dia macam kau orang parking duit dividen ASB ke dalam Tabung Haji dan pindahkan ke dalam Maybank tiap akhir bulan untuk bayar ansuran ASB Financing.
Dengan cara itu, kau orang akan dapat duit dividen Tabung Haji menggunakan dividen ASB.
Point dia disini ialah kalau kau orang nak bayar guna teknik ulangan, jangan bayar sekali gus. Cari parking dividen ASB yang baik punya dulu. Tak kisahlah nak parking dekat ASB ke ASB 2 ke, AHB ke, Tabung Haji ke. Akhirnya, kita akan dapat sedikit duit tambahan.
***
Contohnya jika kau orang buat pembiayaan ASB RM200K dengan Maybank, dan lepas setahun kau orang akan dapat dividen RM14,500 jika dividen diumumkan 7.25%.
Jika kau orang dapat dividen RM14,500 dan terus masukkan RM14,500 dalam akaun Maybank, rugi je.
Baik kau orang simpan atau 'parking' RM14,500 ke dalam Tabung Haji dulu.
Kalau kau orang nak simpan dalam ASB, kemudian, setiap bulan keluarkan duit masuk dalam bank, macam kau orang ada masa pulak nak pergi bank tiap bulan ye dak.
Kalau nak keluarkan tiap tiga bulan pun okay juga. Selebihnya simpan dalam ASB. Mana-mana okay, point aku kat sini, jangan bayar lumpsum dulu. Parking dividen dekat yang boleh jana lagi duit.
Di dalam gambar tu ada anggaran kau orang akan dapat dalam RM421 jika dividen Tabung Haji diumumkan 6.3%.
Mungkin kau orang akan dapat RM400++ tiap tahun jika buat cara ni. Boleh la kan. Sekali bayar. Tiap tahun dapat RM400. Caranya mudah. Hanya klik klik tiap akhir bulan.
Kos hanya RM1.06 setiap transaksi. RM1.06 X 12 bulan baru RM12.72.
***
Dan sekarang dah ada ASB 2 Financing. Eloklah kau orang buat ASB 2 Financing pula. Setakat ni bank yang menawarkan ASB 2 Financing,
Maybank: Tenure: 30 tahun, Rate: 5.2%
CIMB: Tenure: 30 tahun, Rate: 5.0% - 5.2%
Affinbank: Tenure: 30 tahun, 5.0% - 5.15%
***
Dan kau orang mampu simpan RM285 je tiap bulan?
Jangan risau, buat ASB Financing RM50K dulu. Dah dapat dividen. Tambah lagi RM50K. Komitmen masih RM285 kan.
Tahun Pertama: ASB Financing RM50K
Tahun Kedua: ASB Financing RM50K
Tahun Ketiga: ASB Financing RM100K
Lagi jimat masa. Dapat dividen tambah ASB Financing. Jangan nak enjoy lak. Bagi maksimum volume dulu. Komitmen masih sama.

Kredit: Amir Syahir