Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Sunday, August 14, 2016

Unknown

[MOHON SEBARKANI!!] Tanda-Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim. Wanita Perlu Baca Sebelum Terlambat, Hargai Diri Anda

Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap (level) untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa. Masih baik stabil atau sudah kritikal. Bahaya! Semua wanita perlu ambil tahu hal ini.
Kadang-kala ramai remaja sekarang yang mempunyai penyakit dan mudah allergic. Kebanyakan sabun tidak sesuai. Bakteria mudah membiak dan mengakibatkan vagina seseorang itu menjadi gatal-gatal. Jadi ubati segera agar tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj [vagina]  yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.
Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal.
Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu
  1. Squamous cell carcinoma
    Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.
  2. Adenocarcinoma.
    Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.
Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.
Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
  • Perdarahan selepas hubungan intim  (“postcoital bleeding“)
  • Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
  • Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
  • Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan yang mendadak
Faktor-Faktor Terjadinya Kanser Pangkal Rahim
Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
  • Hubungan intim pada usia muda
  • Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  • Merokok
  • Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  • Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  • Wanita yang mempunyai pasangan yang ramai.
  • Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.
Kaedah Rawatan Kanser Pangkal Rahim
Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :
a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi

Carian Popular:

  • kanser rahim
  • yhs-per_001
  • yhs-per_003
  • kanser pangkal rahim
Vaksin HPV (Human Papillomavirus)
Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV isitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan intim. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebuh dari 26 tahun.
Baca Lagi

Thursday, August 11, 2016

Unknown

Lebih 13K Share FB, Ketahui Sebab Tak Boleh Simpan Baki Ubat Demam Dalam Peti Sejuk


Kebanyakan daripada kita mesti ada simpan lebihan ubat dalam peti sejuk, terutamanya jika mempunyai anak kecil di rumah. Selalunya tak guna banyak pun ubat demam ataupun selsema tu,so bakinya simpanlah dalam fridge untuk kegunaan masa lain.
Tapi, sebenarnya perlu ke simpan ubat demam dalam peti sejuk? Ikuti penjelasan ahli farmasi tentang perkara ini. Penting bagi kita membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, baca dan sebarkan maklumat berguna ini!


Periksa Baki Ubat Dalam Peti Sejuk!

Kenapa Kita Simpan Ubat Demam Dalam Peti Sejuk?

Sesuai Untuk Penggunaan Seorang Pesakit Sahaja!

Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam Yang Telah Dibuka

Baca Lagi

Tuesday, August 9, 2016

Unknown

KISAH BENAR!!! TANPA PRODUK PUN MAMPU, Nur Farihan: Kisah Saya Dari 100kg Ke 58kg. [LAGI GAMBAR!!]

Seperti orang lain (yang mempunyai masalah obesiti) saya juga punya keinginan untuk menurunkan berat badan. Cita-cita untuk kurus sudah lama ada, sejak dibangku sekolah lagi. Namun kalau cuma pasang impian tapi tiada usaha memanglah tak ada hasilnya.
Saya sering berpendapat, mustahil untuk kurus kerana memang sejak kecil saya berbadan bulat. Setiap kali balik kampung saya akan ditegur dan diperli orang tentang saiz badan saya. Perasaan sedih dan marah tu pastilah ada. Tapi apa boleh buat, saya telankan saja. Berat badan saya makin bertambah setiap tahun hingga mencecah ke angka 100kg lebih. Baju dan seluar bukan senang nak cari, kalau ada pun tak banyak pilihan.

Tahun 2009 saya pernah cuba untuk kurus. Ibu bapa saya yang menyuruh saya bersenam kerap. Saya pergi ke gym tanpa ada ilmu langsung tentang bagaimana cara untuk bersenam dan berdiet dengan betul. Bayangkan, siang saya ke gym, malam pula saya makan dengan sangat banyak kononnya lemak dibadan dah disingkir sewaktu berada di gym
Keputusannya? Memang saya tetap gemuk dan berat badan saya takpun turun. Waktu tu sangat kecewa dan saya rasa usaha saya langsung tak membuahkan hasil (walhal cara saya yang salah).
Awal tahun 2013, sekali lagi hati saya terdetik untuk kurus apabila secara tak sengaja saya terbaca tentang perkongsian kisah kejayaan menurunkan berat badan (di Facebook dan website Kevin Zahri).
Saya sangat teruja dan gembira dengan perkongsian mereka. Kadang tertanya-tanya juga, betul ke apa yang saya baca, seperti tak percaya ada orang yang berjaya turun berkilo-kilo hanya dengan menjaga makan dan bersenam.
Jadi bermula dari situ setiap hari saya memperbanyakkan bahan bacaan tentang cara untuk menurunkan berat badan dan cara untuk menjaga serta memilih pemakanan harian.
Amalan gaya hidup sebelum berubah? 
Fast food adalah antara tempat kegemaran saya. Pantang ada duit, saya akan laburkan pada makanan. Lebih-lebih lagi waktu di universiti dulu, makan memang salah satu dari hobi saya. Bayangkan setiap hari saya akan makan 2 bungkus nasi lemak berlauk ayam. Air manis tu semestinya perlu dan saya sangat gemar makan coklat. Sayur-sayuran lansung tidak dipandang.

Menu Diet yang Farihan amalkan?

Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’
Saya makan sumber-sumber semulajadi seperti ayam, ikan, buah, sayur-sayuran yg dimasak sendiri. saya lebih selesa masak sendiri dirumah berbanding makan diluar kerana kita boleh mengawal sukatan garam, gula, minyak dan sebagainya.
boleh kukus, grill, bakar, rebus :)
7am: Sarapan saya mkn roti wholegrain brsama telur sebiji. air green tea.
10am: Makan epal sebiji.
12pm: Lunch saya mkn nasi kurang segenggam, sayuran, ikan atau ayam bakar seketul.
3pm: Kunyah kekacang. sebab kcg mengandungi lemak baik.. dua baris jari tangan kita pun dah cukup (lebih kurang 10-12 biji)
6pm: Dinner pula brgantung pada rutin saya. kalau hari tu saya bersenam di gym saya akan minum susu bersama oat ATAU makan ayam/ikan brsama sayur.
Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’ (saya suka manisan, jadi saya akan reward diri saya dengan coklat) tetapi tidaklah makan mengikut nafsu, masih dalam kawalan)

Senaman: Macam-macam!

Saya akan melakukan senaman seperti jogging, swimming, cycling, skipping, walking, tak kisah apa-apa pun setiap hari kecuali hujung minggu kerana waktu itu adalah hari untuk badan saya berehat.
Rutin senaman saya di gym pula ialah gabungan antara kardio dan weight lifting (angkat berat). Saya akui senaman angkat berat amat membantu dalam menurunan berat badan saya dan juga dapat mengelakkan kulit di bahagiaan tertentu menjadi lembik (menggelebeh) setelah penurunan berat badan. (selalunya di alami oleh mereka yang terlampau gemuk seperti saya)
…bila saya lihat kejayaan orang lain kurus tanpa produk kurus, saya rasa yakin yang saya juga mampu lakukan.

Tanpa Produk Kurus

Saya tidak mengambil sebarang produk kurus kerana kurang percaya. Tambahan pula, bila saya lihat kejayaan orang lain (kurus tanpa pengambilan pil atau produk kurus), saya rasa yakin yang saya juga mampu lakukan. Bagi saya, walaupun kita makan pil kurus kita masih perlu menjaga pemakanan dan juga bersenam. Maka saya pilih untuk melabur duit saya pergi ke gym daripada membeli produk/pil kurus.





5 Tip Mudah Untuk Kurus?

Tips ringkas dari segi pemakanan:
  1. Kurangkan atau kalau boleh elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food (daging burger,nugget,fried fries dll), fast food (mcd, kfc dll)
  2. Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbo. Make sure nasi kurang segenggam. Lebihkan sayur-sayuran.
  4. kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji)
  5. Perlu tahu pengertian/maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK!
  6. Lupakan terus air bergas/berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

Motivasi dan nasihat:

  1. Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% senaman akan mmbantu mmpercepatkan proses kurus. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga/dikawal sememangnya agak susah sedikit.
  2. Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan. (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).
  3. Rajin bertanya. Kalau tak faham, boleh bertanya atau boleh juga membaca di ruangan soal-jawab di website/facebook kevinzahri dan satu lagi website yg bagus iaitu SusuSejat.
  4. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu.
  5. Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu. Sabar.
  6. Untuk kekal bersemangat, banyakkan membaca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.
Alhamdulillah syukur. Hari ini saya tidak lagi berada di tahap obes seperti dahulu, namun masih banyak lagi yang perlu saya belajar.Masih banyak lagi yang saya tak tahu tentang dunia Fitness.
Saya suka bersenam dan kalau boleh saya nak mencuba pelbagai jenis sukan yang saya tak boleh buat sebelum ini (kerana faktor obes). Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengubah gaya hidup saya yang dulu kepada gaya hidup yang lebih aktif dan positif.
Jangan berfikir negatif … “Everybody have their own struggles”
Apa-apapun, tidak bermakna orang yang berbadan ‘besar’ itu tidak sihat. Saya yakin kita semua mahukan kehidupan yang lebih baik.
Jangan berfikir negatif dan hapuskan sikap stereotype terhadap orang lain. “Everybody have their own struggles”. Sedangkan kita pun tidak begitu sempurna. Sama-sama kita saling bantu membantu dan sentiasa bercakap perkara-perkara yang positif. 

KREDIT: Kevin zahri
Baca Lagi
Unknown

Ini tips POPULAR dan MUDAH bersalin yang RAMAI bakal IBU tidak PERNAH AMIK TAHU.. Bakal ibu WAJIB BACA..!!!.

Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Di bawah ini tips popular dan mudah bersalin
1. Banyakkan berjalan
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.




.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awalBiasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah
sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
.
3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yuJangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
.
4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suamiYang ni part paling syahdu. Dekat­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih­lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
.
5. Baring mengiring sebelah kiriBila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
.
6. Banyakkan bersujudPosisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.
Baca Lagi
Unknown

AKHIRNYA!!! Rawatan BERBEKAM menjadi POPULAR GARA-GARA JUARA DUNIA DALAM RENANG INI yang MENGAMALKANNYA, JOM LIHAT

Pelbagai kisah duka, perit dan pelik dapat disaksikan sepanjang Olimpik Rio yang baru sahaja berlangsung beberapa hari lepas.

Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan kisah seorang atlet gimnastik Perancis yang patah kaki (keting) ketika beraksi dan yang terbaru, orang ramai tertanya-tanya apakah parut-parut bulat yang wujud di badan ramai atlet ketika beraksi di Olimpik Rio.

Tanda-tanda merah itu mula mendapat perhatian setelah perenang dari USA, Micheal Phelps memenangi acara berenang 4x100m gaya bebas lelaki.


Dan sebagaimana yang sudah kita jangka, ia adalah bekas rawatan bekam, yang sudah menjadi amalam masyarakat kita di sini.

Mungkin bagi kita ia benda yang biasa sahaja, tapi bagi orang luar negara - terutamanya orang barat - ia merupakan sesuatu yang baru.

Cerita tentang parut-parut merah itu mendapat perhatian di beberapa portal antarabangsa, termasuklah Business InsiderBBCCNNIndependentinquisitr dan pelbagai lagi.

Di portal Business Insider sahaja, artikel mengenai bekam itu dibaca lebih 400,000 kali dalam masa beberapa jam ia dimuat naik.




Kini, sudah terbukti rawatan tradisional bekam tersangat mujarab sehingga diguna pakai oleh atlet-atlet sebelum beraksi dalam sesebuah kejohanan.

Kepada yang mahu membuka rawatan bekam, terutamanya di luar negara, ini mungkin masa terbaik kerana satu dunia sudah mengenalinya dan anda tidak perlu melaburkan wang untuk membuat 'marketing'. Terima kasih kepda Micheal Phelps. -
Baca Lagi

Monday, August 8, 2016

Unknown

Hasilkan Sendiri Ubat Batuk Menggunakan BUAH NANAS 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Dari Ubat Batuk Biasa

Jom kita baca perkongsian dan cara-cara menghasilkan ubat batuk berkenaan.

Ada 3 jenis nenas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nenas madu, nenas sarawak/paun dan nenas moris. Boleh guna mana-mana jenis nenas. Saya guna nenas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara

1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.


2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. :-) saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. :-) Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bhgn tengah dan join sekali dlm blender.


3. Blend sampai halus. Tapis.


Ini hasilnya.'


4. Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh.


5. Masukkan dalam botol yg kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye'


6. Siap dimasukkan dlm botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot2 anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.


7. Guna picagari utk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kpd anak.


8. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.

EDITED: Kami di Siakapkeli tidak mengesyorkan jus nanas ini diberikan kepada bayi kerana sifatnya yang tajam.


Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.

Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.

Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk. -Siakapkeli.my


kredit: siakapkeli
Baca Lagi

Saturday, August 6, 2016

Unknown

5 Perkara Penting Proses Permohonan Nikah Yang Bakal Pengantin Harus Tahu

Assalamualaikum. Today Cikpah nak share info berkenaan permohonan nikah buat pasangan-pasangan Muslim yang bakal 'bina masjid' tak lama lagi. Siapa yang dah tau, Alhamdulillah. Siapa yang belum tau, semoga info ni bermanfaat buat kalian.
1. Ambil Borang Nikah Online atau di Pejabat Agama
Ambil borang permohonan nikah lelaki & perempuan kat pejabat agama daerah masing2. Kat Penang ni ada jugak permohonan secara online, tapi saya lebih prefer buat manual iaitu berurusan terus dgn pejabat sebab macam-macam saya boleh tanya kat depa direct. Dalam borang tu ada dinyatakan beberapa dokumen penting yang perlu kita kepilkan sekali. Contoh IC pemohon, pasangan & wali, sijil kursus kahwin, HIV test, sijil nikah ibubapa (bagi pemohon perempuan saja, pemohon lelaki tak perlu pun sijil nikah ibubapa), & lain2 lagi. Dokumen2 yang diperlukan mengikut kes pemohon masing2. Contohnya ada kes ibubapa yg bercerai, kes dimana tiada wali & memerlukan wali hakim, makanya lebih banyak lagi dokumen yang perlu kalian kepilkan. Borang permohonan nikah kita tu, perlukan tandatangan 5 orang (untuk pemohon perempuan) & tandatangan 4 orang (untuk pemohon lelaki). Mereka ialah Pemohon itu sendiri, Wali (bagi borang perempuan ja, lelaki tak perlu sign wali pun), Pengerusi Qaryah Masjid, Pegawai Masjid 1 & Pegawai Masjid 2. Ini adalah orang2 penting untuk sign & cop borang permohonan kita.

2. Wajib Hadiri Kursus Kahwin

Kursus kahwin ni pulak memang wajib. Hampa kena pi noh, jangan pandai2 kata tak payah pi pasai hampa dah pandai. Okbai! Selalunya kursus ni 2 hari ja. Ada orang habaq kat saya, ada kursus kahwin ni sampai 5hari 4malam siap kena tidoq lagi kat tempat kursus tu. Weyh hampa biaq betoi! Nak sijil kursus punya pasai sampai kena bermalam 4malam? Hampa tak cerdik memang saja la. Saya tak tau persatuan mana yang buat bermalam2 tu. Yang saya pasti selalunya 2 hari saja, pagi sampai ke petang. Ikut kawasan masing2 ye. Nak register untuk hadir kursus kahwin ni, hampa boleh pi register kat pejabat agama daerah masing2 sebab kursus tu akan dibuat di pejabat agama itu sendiri. Majlis penutup kursus baru depa bagi sijil kursus kahwin kat hampa noh.

3. Lakukan Ujian HIV (Valid selama 6 bulan sahaja)

HIV test. Test ni laku 6 bulan sebelum tarikh menikah hampa. Jangan la pi buat HIV test ni sedangkan hampa nak menikah setahun akan datang nuh. Tak laku dah test hampa tu. Laku 6 bulan ja okay. Macam saya, dalam borang yang saya dapat dari pejabat agama, kat situ ada senarai KLINIK KESIHATAN yang kita boleh buat HIV test. Klinik kerajaan saja boleh buat HIV Test ye. Klinik swasta cannot maa.. Selain dari klinik yang dinyatakan, test yang kita buat tidak diterima oleh pejabat agama ok. Setiap klinik berbeza masa operasinya untuk HIV test tu. Yang paling PENTING, hampa tolonglah call klinik tu dulu tanya depa, boleh dak hampa nak buat HIV test & bila hampa boleh pi. Sebab apa Cikpah suruh hampa call dulu? Ada la 1 klinik yang disenaraikan ni saya pi situ, dah la jauh dari rumah, pi situ pun sebab kebetulan ada urusan kat situ, ambillah masa sedikit untuk singgah & buat HIV test. Bila habaq kata nak buat HIV test, depa kata alat cucuk semua habis. Kan dah buang masa pasai nak cari parking. Takpa2, ni kan experience. Lepaih tu nak pi klinik memang saya call depa dulu.

Lagi satu nasihat saya, nak pi buat test ni, hampa jangan dok kalut2 sangat na. Ada klinik dimana hampa akan buat test tu saja, iaitu ambil darah saja. Tak sampai setengah jam dah dapat result test hampa. Ada klinik, dah la nak tunggu result dekat setengah jam, pastu ada soalan2 quiz kesihatan pulak hampa kena jawab. Jawab quiz dulu baru hampa boleh buat HIV test. Nasib Cikpah, Cikpah pi klinik yang kena buat quiz. Dua jam lebih Cikpah kat klinik tu weyhh. Jawab quiz yang BANYAK SANGAT soalannya, ambil darah, test air kencing, check breast (bagi perempuan ja, lelaki depa tak check breast hampa pun), timbang berat tinggi semua tu. Fuhh! Memang complete medical check up tu. X-ray body ja takdak. Hihi! Alhamdulillah hari tu memang takdak urusan lain. Memang niat nak pi klinik ja. Buat kata la dah janji urusan lain dengan orang kat Tanjung ka, tak ka susah hampa terpaksa tangguh urusan hampa! Yang Cikpah tak faham, kenapa setiap klinik berbeza pendekatannya dalam buat HIV test ni. Okbai!

4. Ready Untuk di Interview Bab Agama

Interview. Dah settle semua dokumen2 hampa, bila nak submit borang permohonan nikah kat pejabat agama daerah masing2, hampa akan di'interview' terus oleh Ustaz ye. Pemohon lelaki kena hantaq borang depa dulu. Dah approve, baru pemohon perempuan boleh hantaq borang depa pulak. Melainkan kalau daerah pemohon lelaki & perempuan adalah daerah yang sama, so hampa boleh terus submit kedua2 borang hampa la. Macam saya & pasangan saya, hehe, kami berbeza daerah. Makanya pasangan saya hantaq borang dia terlebih dahulu. Seminggu untuk pejabat agama luluskan. Lepas tu baru saya boleh hantaq borang saya pulak (sebab pemohon perempuan kena kepilkan bersama permohonan lelaki yang diluluskan). Antara soalan2 yang akan ditemuduga oleh Ustaz dah disertakan dalam borang permohonan. Hampa kena study ja. Tapi tak payah study sangat kot. Kita semua kan Muslim, mesti dah tau rukun2 semua. Hehe! Yang bertuahnya, ada Ustaz tak tanya apa2 pun kat pemohon. Just sembang2 ja tanya nak menikah kat mana, keperluan semua cukup okay ka, bersedia ka. Tapi ada Ustaz tanya macam2 weyhh. Suruh baca Fatihah & terjemahan la, doa Qunut, doa Iftitah, mengucap, selawat, istighfar, rukun2 Iman & Islam, waduhhh2 kesian kat pasangan yang kurang ilmu agamanya. Tapi takpa, dengan adanya interview membuatkan pasangan lebih ghairah untuk belajaq tentang Islam, gituhh! Janganlah Islam pada nama saja ye. Kat dunia ni maybe tak rasa malu la kot. Kat SANA nanti? WaAllahualam.

5. Urusan Dengan Tok Kadi pulak...

Dah habis interview, lepas pejabat agama luluskan permohonan, pejabat akan bagi contact no Tok Kadi yang berkenaan kepada pemohon perempuan. Kiranya urusan dengan pejabat agama sudah selesai ye. Sekarang kita berurusan dengan Tok Kadi pulak. Hampa deal la dengan Tok Kadi, hampa nak menikah atas angin ka, bawah tanah ka, tepi kolam ka, lepas subuh ka, panas2 terik tepi aiq terjun ka, semua kena tanya Tok Kadi okay. Tapi selalunya Tok Kadi okay ja. Depa akan ikut kita. Tapi tengok jugak jadual Tok Kadi. Buat kata hari yang hampa pilih nak menikah tu ada 5 pasangan lain nak menikah jugak, mana la Tok Kadi sempat nak pi tepi laut bagai semua tu untuk akad nikah hampa, mesti kesemua pasangan akan dibuat di tempat yang sama iaitu Masjid Qaryah perempuan. Hihi!

Alhamdulillah, rasanya yang ni saja kot takat ni nak share dengan hampa. Apa yang dikongsi disini adalah experiences diri sendiri & kenalan terdekat Cikpah na. Setiap kes berbeza2. Zaman makpak kita punya proses permohonan nak menikah dengan lani punya proses berbeza noh. Lebih baik hampa call pejabat agama terlebih dahulu jika ada sebarang pertanyaan. Kurangkan bergantung pada kenalan & saudara mara sebabnya yang akan uruskan permohonan kita adalah pejabat agama. Pejabat agama lebih tahu apa yang perlu kita lakukan. Mesti ramai antara kalian dah bekerjaya, takkan la hari2 nak minta cuti pasai nak pi pejabat agama kan? Sebab tu rancang permohonan nikah anda sebaiknya, gituhh! Lagi satu, pejabat agama siap pesan, jangan lupa buat KAD NIKAH PINTAR noh. Hehe! Bermula 1 Jun 2016, pasangan yang bernikah kena buat kad nikah pintar dimana harganya RM30.00 untuk 1 kad saja. Lelaki & perempuan keduanya kena ada kad nikah pintar tu, so RM60.00 lagi bakal melayang lerr. Say goodbye laa.

Info dari kawan yang intern kat pejabat agama, utk apply kad nikah pintar kena bawak Sijil nikah ori dgn photostat, photostat ic suami isteri & gambaq suami isteri. InsyaAllah siap dlm tempoh 5 hari bekerja. Daerah timur laut kena apply kad nikah pintar kat Jaipp kat Lebuh Pantai kalau tak silap saya. Daerah barat daya pi apply kat pejabat agama balik pulau tu ja. 
Semoga bermanfaat info2 ini & GOODLUCK buat pasangan yang bakal memohon untuk bernikah. Minta maaf kalau ada salah silap & mohon betulkan. Jazakumullahu kheyr. Jangan lupa doakan Cikpah jugak ye! Mwah2!!  ‪#‎SdhSnh16‬

kredit: ohmedia
Baca Lagi

Friday, August 5, 2016

Unknown

Mengapa Umat Islam solat mengahadap Kaabah?? Alasan diberi lelaki ini amat MENGEJUTKAN dan sangat SENTAP

Sudah pasti sekiranya ada mempunyai rakan Non Muslim, pasti mereka tertanya2 kenapa umat Islam solat menghala Kaabah, ikuti perbualan ini yang mana jawapan ustaz ini mampu untuk kita menjawab persoalan rakan2 non Muslim kita

Si O: Mengapa orang Islam menyembah kotak hitam?
Ustaz: salah tu bro. Umat islam tidak menyembah kotak hitam tapi menyembah Allah
Si O: bukankah orang Islam solat menghadap Kaabah? Apakah Allah berada dalam tu?
Belum sempat ustaz itu menjawab, terdengar handphone Si O berbunyi lantas dia menjawabnya, setelah sudah dia kembali dan memandang ustaz tersebut, sang Ustaz tersenyum
Si O: mengapa tersenyum? Pasti kau tidak boleh menjawabnya bukan?
Ustaz: bukan itu maksud saya. Tadi saya lihat kau bicara sendiri, ketawa dan tersenyum sendiri. Dan kau mencium HP itu sambil biacara ‘I love u baby”
Si O: Saya tidak bicara sendiri tapi saya bicara dengan isteri saya, Isteri saya di London, saya menjawabnya menggunakan telefon. Apa masalahnya?
Ustaz: boleh saya lihat HP kamu?


Si O mengulurkan HPnya kepada ustaz dan ustaz itu menerimanya lalu membolak balikkan HP itu, mengetuk2nya ke meja
Lantas ustaz itu tadi menghempasnya ke lantai lalu PECAH HPnya tadi. Maka muka si O merah padam sambil ustaz itu tersenyum

Ustaz: Mana isterimu? Saya lihat dia tiada di sini, Saya pecahkan HP ini pun isterimu tetap tak terlihat di dalamnya?
Si O: mengapa kau bodoh sekali? Teknologi sudah maju dan kita biasa biacara dengan sesiapa shaja menggunakan telefon. Apakah kau tidak menggunakan otakmu?
Ustaz: Alhamdulillah. Begitu juga halnya dengan Allah SWT. Umat Islam sembahyang menghadap Kaabah bukan berarti umat Islam menyembah Kaabah, tetapi umat Islam solat atas arahan Allah. Allah mengarahkan umat Islam untuk sembahyang menghadap Kaabah juga bukan berarti Allah ada di dalam Kaabah itu.
Begitu juga dengan dirimu dan isterimu. Isterimu menggunakan HP, ini bukan berarti isterimu ada di dalam HP tersebut
Tetapi ketentuan telekomunikasi membolehkan kamu berhubung dengan isterimu melalui telefon
Faham!!!



Baca Lagi

Wednesday, August 3, 2016

Unknown

Berhati-hatilah dengan PISANG DURJANA ini

Kawan-kawan, rasanya ramai antara kita yang suka makan Pisang. Betul tak?? Peribahasa Melayu pernah menyatakan “Dalam Setandan Pisang bukan semuanya baik-baik belaka, Pasti ada yang rosak”  TETAPI tahukah kita bahawa pisang yang kita beli yang nampak seperti baik atau cantik itu rupa-rupanya disahkan 100% PENYEBAB BARAH dan juga jangkitan di dalam perut.

Pisang ini adalah pisang yang telah dipaksa untuk masak setelah direndam dalam air bercampur “CARBIDE” atau dalam bahasa melayu Kabait. ELAKKAN makan atau membeli pisang yang direndam dalam air Kabait ini!!

Bagaimanakah Ingin Mengenali Pisang Jenis Kabait ini??



Pisang yang biasanya masak secara normal biasanya berwarna kuning gelap dan mempunyai bintik-bintik berwarna Coklat atau Hitam dan batangnya juga berwarna Hitam atau Gelap sedikit (Gambar atas).

Pisang yang telah direndam dengan air Kabait ini pula berwarna Kuning Cerah dan batangnya pula berwarna hijau tanpa sebarang Bintik-bintik Hitam (Bahagian bawah).


Carbide atau Kabait adalah bahan kimia yang apabila bercampur dengan air akan menghasilkan haba dan gas yang jika dibiarkan dalam ruang tertutup akan menghasilkan gas yang lebih kuat dari gas LPG. Pisang yang direndam dalam air Kabait akan menyebabkan gas tersebut meresap masuk ke bahagian dalam pisang. Penyerapan yang berlebihan di dalam pisang akan menyebabkan peratusan yang tinggi akan masuk ke dalam badan.

Kandungan kabait yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan tumor dan barah boleh tumbuh di bahagian perut.

Oleh itu, sebelum membeli pisang pastikan anda memilih pisang yang masak secara NORMAL.

kredit: Naktahu.com
Baca Lagi