Thursday, May 12, 2016

Unknown

3797 Share di FB!!! Untuk Bakal lepasan Universiti/Kolej, Teknik berguna untuk bayar balik PTPTN2222

PTPTN sememangnya diperlukan kebanyakan pelajar Universiti untuk menyambung pelajaran mereka, namun begitu ramai dalam kalangan mereka tidak mampu atau sengaja melengah-lengahkan pembayaran balik PTPTN. Seharusnya pelajar perlu ingat bahawasanya hutang wajib dibayar tambah-tambah lagi dalam bab pelajaran


Teknik Manipulasi ASB Untuk Bayar PTPTN Dan Teknik Memenuhkan ASB Financing
Katakan PTPTN Pembiayaan Ujrah
Pinjaman PTPTN: RM28,000
Ansuran bulanan: RM187.89
Tempoh bayaran balik: 180 bulan
Apa kau boleh buat ialah;
1. Buat ASB Financing RM50K. Bulanan dalam RM300++.
2. Lepas setahun katakan dividen ASB diumumkan 7.25% dan kau akan dapat dividen sebanyak RM3625.
3. Gunakan RM3625 ini untuk bayar ansuran PTPTN tu. Bayar PTPTN RM200 sebulan, setahun kau kena bayar RM2400. Jadi ada lagi baki RM3625-RM2400=RM1225 untuk belanja ataupun disimpan. Jangan terlebih guna sudahlah.
4. Komitmen kau masih sama iaitu RM300++ tiap bulan sebab dividen ASB bayar ansuran bulanan PTPTN.
5. Kalau kau bayar RM200 untuk ansuran PTPTN mungkin tak sampai 15 tahun dah habis bayar.
6. Ulang bayar ansuran PTPTN sampai habis bayar menggunakan dividen ASB.
7. Katakan kau nak terminate ASB pada bulan ke 180 setelah habis bayar PTPTN kau akan dapat;
i. Dividen terakhir: RM3,500 (jika dividen 7%)
ii. Pulangan prinsipal: RM15,700 (jika tempoh pinjaman ASB 30 tahun & 5.2% kadar faedah bank)
iii. Baki RM1225X15 tahun=RM18,375 (jika disimpan)
Jumlah: RM37,500
Wow. Lepas bayar PTPTN pun dapat lagi RM37,500. Sapa nak kasi. Kawan baik kau jumpa lepas 15 tahun pun belum tentu boleh pinjamkan kau RM30K kalau masa tu kau tengah ekonomi barai. Nahh..lepas 15 tahun kau bayar PTPTN pun kau ada lagi duit untuk kegunaan masa depan. Kalau kau duk bayar RM200 duit sendiri rugi je. Baik kau bayar duit dividen ASB ni tambah lagi RM100 untuk bayar ansuran ASB. Bayar duit sendiri tak buat ASB Financing lepas habis bayar kau tak dapat apa-apa kecuali langsai hutang PTPTN. Beza dengan buat ASB Financing, lepas habis bayar PTPTN ada lagi wang untuk kegunaan kau nanti.
Okay, macam mana pulak dengan graduan bijak tak guna PTPTN ni. Kau boleh buat ni. Gaji kecil lagi. Dan nak ada rekod CCRIS. Teknik memenuhkan ASB Financing hanya RM300 sebulan. Maksimum pinjaman ASB Financing adalah RM200K. Tujuan untuk manfaatkan kuasa Volume dan Compounding. Jadi;
1. Tahun pertama mohon ASB Financing RM50K bulanan katakan RM300 sebulan.
2. Tahun kedua mohon ASB Financing RM50K lagi bayar ansuran guna dividen ASB tahun pertama.
3. Tahun ketiga mohon ASB Financing RM50K lagi bayar ansuran guna dividen tahun kedua.
4. Tahun keempat kita mohon ASB RM50K lagi bayar ansuran guna dividen tahun ketiga.
Akhirnya lepas empat tahun kita dapat maksimum pinjaman ASB Financing RM200K tersebut. Bukan bermakna gaji kau sikit kau kena buat terus menerus pinjaman RM200K. Tu tak sedar diri namanya. Tengok lah kemampuan gaji kau. Ekonomi kau macam mana. Berapa dapat kau simpan. Tu pun nak aku ajar ke?
Macam mana nak dapat RM300 ni? Setiap hari simpan RM10. Tiap tahun naik gaji kan? Jadi janganlah upgrade telefon kau tu. Ini gaji naik RM100 setahun dah tukar beli iPhone.
Jadi kau dah maksimum ASB Financing tiap tahun dapat dividen bayar balik guna dividen je. Secara tak langsung kau paksa diri kau untuk menyimpan RM300 sebulan.
Aku bukan pandai sangat, tapi aku belajar sikit-sikit. Cuba manipulasi manfaat ASB Financing ni. Keluarlah dari zon selesa kau tu. Jangan nak main FB je manjang. Banyak lagi ilmu di luar sana kau perlu cari yang tak diajar di universiti ataupun kolej. Muda-muda ni jangan ambil pinjaman peribadi untuk nikah, beli kereta mewah semata-mata nak orang kagum kat kau. Akhirnya kau jadi hadapi masalah kewangan yang serius. Kah!
***
Disclaimer :
1. Pengiraan adalah anggaran kasar sahaja.
2. Jumlah akhir sebenar mungkin berbeza disebabkan profit bank.
3. Kadar bayaran ansuran mungkin berbeza tiap individu.

Kredit: Amir Syahir