Mesti masih ramai terutamanya wanita yang teringatkan Kapten Ejaz kan. Jangan tipu, RojakDaily Kaw! yakin ramai yang masih belum boleh move on walaupun drama rantaian Suri Hati Mr. Pilot sudah habis ditayangkan di Astro Ria.
Ha,tengok tu ada yang dok tersengih bila baca. Well, sebenarnya pelakon utama drama berkenaan iaitu Fattah Amin sendiri mengakui dia juga terkejut dengan sambutan luar biasa drama lakonannya bersama Neelofa.
Selepas Suri Hati Mr. Pilot, semakin banyak tawaran yang diterima. (Kredit Gambar: Instagram Fattah Amin @fattahaminz)
Bagi Fattah, perkara itu bagaikan satu ledakan luar biasa bagi kerjayanya. Malah, impak yang diterima sangat awesome dan membuatkan dia teruja dalam pada sama terkejut."Saya bersyukur dengan semua ini. Saya akui terkejut sebab sambutan hebat yang kami terima. Pada masa sama juga saya bersyukur dengan rezeki ini, banyak tawaran melimpah ruah datang," katanya kala ditemui pada majlis pelancaran koleksi pakaian jenamanya FattahAmin X Far8.
Impak Suri Hati Mr. Pilot masih berterusan walaupun tayangannya di Astro Ria sudah tamat. (Kredit Gambar: Instagram Fattah Amin @fattahaminz)
Meskipun sudah tamat tayangan, pelakon kacak ini memberitahu dia dan Neelofa masih mempunyai beberapa siri bertemu peminat drama itu termasuk di luar negara.Memang fantastic bagi Fattah kerana acara yang berkaitan drama Suri Hati Mr. Pilot akan berlanjutan sehingga ke bulan depan.
"Kami masih ada beberapa siri bertemu peminat untuk drama Suri Hati Mr. Pilot sehingga ke hujung tahun. Kami juga akan ke Brunei untuk tujuan sama.
Ramai peminat berharap 'kisah' Kapten Ejaz dan Warda berterusan walaupun sesudah tamat cerita. (Kredit Gambar: Instagram Fattah Amin @fattahaminz)
"Saya tersenyum sendiri dan sangat berbesar hati dengan sambutan yang diberikan. Memang best," katanya.Ditanya mengenai ramai peminat yang mahu melihat dia dan Neelofa bercinta seperti Ejaz dan Warda, Fattah hanya tertawa.
Baginya, apabila peminat suka bermakna gandingan mereka serasi dan lakonan mereka diterima oleh penonton.
Realitinya, sukar untuk dia bercerita soal jodoh dan perkara itu diserahkan kepada Allah.
"Kami serasi dalam drama itu, luar drama susah untuk saya katakan. Jujurnya kami masih berhubung sehingga ke hari ini.
"Kami juga ada bertemu dan berbual menerusi panggilan telefon dan Whatsapp," katanya.
Saya tetap Fattah Amin yang sama yang mereka kenal dulu. (Kredit Gambar: Instagram Fattah Amin @fattahaminz)
Mengenai sambutan luar biasa yang diterimanya, Fattah turut dikatakan sudah semakin demanding dan sombong. Tuan punya diri menafikan perkara itu."Siapa yang kenal saya dari dulu akan tahu siapa saya," katanya.
Kongsi pelakon yang turut memiliki gymnasium dan restoran sendiri itu, dirinya dan pihak pengurusan masih berusaha menyesuaikan dengan situasi luar biasa yang mereka terima.
Katanya, sehari pihak pengurusannya menerima sehingga 1,000 pesanan Whatsapp bertanya mengenai Fattah Amin.
"Kami cuba sedaya upaya supaya semua pihak dapat dilayan dengan baik," katanya.
Well Fattah, congrats dan moga terus berjaya. Siapa sangka dari seorang yang pernah dilabel pelakon kayu, kini menjadi hero lelaki idaman Malaya.