Friday, August 5, 2016

Unknown

Zukie Luah Perasaan, Dikecam Peminat 'Dah Senang Tak Nak Buat Video Dah'


Kerana di kecam oleh peminat, Zukie, personaliti media sosiaL yang membina nama melalui video-video pendek lawak meluahkan isi hatinya melalui fanpage Facebooknya.

Kami tidak bergaduh..
“Salam . pertama sekali saya nak luahkan sedikit perasaan hati saya . saya dan jamal tetsu tidak ada apa apa masalah , kami tidak bergaduh , kami berkawan hampir 10 tahun dan tidak pernah kami bermasam muka antara satu sama lain , saya dan dia seperti adik beradik”


Sebab jarang upload video bersama..
“Apa yang menyebabkan saya jarang memuat naik video adalah desakan penonton yang ingin melihat video saya bersama jamal tetsu seperti dulu kala , mungkin penonton tidak faham yang kami ada komitmen masing masing untuk meneruskan perjalanan hidup kami yang semakin meningkat usia dan tanggungjawab.”

banyak buat video dengan Abang OMG
“Saya tiada partner untuk buat video dan begitu juga dgn jamal . kami sedikit sedih dan kecewa dengan kecaman penonton dalam video kami yang mengatakan kami dah senang tak nak buat video dah . bila saya buat video dengan orang lain tetap komen tak best takda jamal . yee saya akui mmg tak best takda jamal .”

Dah Sebulan tak jumpa Jamal Tetsu..
“Tapi tahukah anda yang saya pun dah hampir sebulan tidak berjumpa dgn dia kerana dia fokus pada komitmen dia untuk masa depan dia dan begitu juga saya . Ramai yang minta saya buat video tapi bila saya buat komen yang menyedihkan saya dapat .”


“kami minta maaf kerana kami cuba untuk memuaskan semua hati penonton . tapi masih tidak kesampaian , kami perlukan support yang positif dari anda kerana tiada anda siapalah kami . superspontan tahun ini adalah platform yang besar bagi kami .”

Supportlah  #Kasutterbang
“Support lah kami . bukan support zukie atau jamal secara individu tapi support lah #Kasutterbang . dan kami tidak pernah penat untuk menghiburkan hati penonton . maafkan kami . nantikan kami . kami pasti kembali … Dengan Izin Allah …. selamat malam ..”.

Kredit: kakishare