Kehidupan berumahtangga tidaklah selalunya indah dan bahagia, kadang-kadang suami dan isteri pasti akan diuji kesetiaannya kepada pasangan masing-masing. Malah punca utama kepada penceraian adalah disebabkan tiada persefahaman dan munculnya orang ketiga.
Seperti kisah yang nak kami kongsikan ini, suaminya curang ketika sedang sarat hamil anak kedua. Yang paling menyakitkan hati, berhubungan sampai terlanjur dan ada anak! Allahu sampainya hati.
Curang dengan seorang janda sampai terlanjur dan ada baby
Saya ada suami dan 2 orang anak. Saya dah berkahwin 5 tahun lebih. Saya sayangkan suami saya. Susah senang hidup bersama tapi saya tak boleh terima apa yang dia buat pada saya.Tiga hari lepas, Allah nak tunjukkan saya something yang dia curang dibelakang saya dengan seorang JANDA yang bergelar CIKGU anak 6. Dorang dah terlanjur sampai ada baby. Allahuakbar. Saya betul-betul dah tak kuat. Saya bangkit pun demi anak-anak je sekarang.Saya dah tak peduli pasal suami saya lagi lepas ni walaupun berkali-kali dia mintak maaf. Tapi tetap saya tak boleh terima. Nak pandang muka dia pun jijik saya rasa. Memang saya tak nafikan jauh disudut hati saya rasa berdosa bila saya mintak dia lepaskan saya. Memang cukup apa yang dia bagi pada saya dan anak-anak saya. Tapi saya tak boleh terima dia terlanjur sampai ada anak. Betapa beratnya Allah menduga saya sekarang.
Masa tu saya sarat hamil anak nombor dua, patut ke saya bagi peluang?
Patut ke saya bagi peluang lagi pada suami yang berhati iblis ni? Masa dia berzina ada ke terlintas di fikiran dia pasal anak dia dan anak dalam kandungan saya? Masa tu saya sarat anak nombor 2. Saya tak tahu apa yang rasuk dia waktu tu. Ya Allah. Saya muda lagi 24 tahun. Apa salah saya? Saya jaga rumahtangga saya uruskan anak-anak bersama.Waktu dia susah saya yang ada disisi dia, mendoakan dia. Tiap malam saya pandang muka dia dan saya tau penat lelah dia. Tapi ini yang dia balas. Ini pengakuan suami saya. Tapi saya tetap tak boleh terima sebab ni satu PENGHINAAN buat saya, anak-anak dan family saya. Saya tetap dengan keputusan saya untuk panjangkan perkara ini di pejabat agama walaupun berseorangan. I will fight for my sons. Terima kasih kerana mendoakn saya. Semoga Allah beri kebahagiaan kepada akak-akak or adik-adik yang mendoakan saya.Saya mohon kalau CIKGU tu baca jangan ganggu kehidupan saya lepas ni. Mudah-mudahan doa saya dimakbulkan Allah. Mohon doakan saya dipermudahkan urusan untuk buat permohonan cerai. Dah tak sanggup rasanya hidup dihina sampai macam ni sekali. Cukup terhina perasaan saya dan anak-anak saya. Allahuakbar… hampir-hampir saja saya jadi gila. Start from now saya bangkit demi anak-anak dan family saya.
sumber: KRT