Friday, May 13, 2016

Unknown

[VIRAL!!!] Luahan PILU ISTERI DI MADUKAN Sang SUAMI, Dengar pulak Ustaz Azhar cakap apa tentang dimadukan...

Luahan kisah sedih wanita ini yang hanya mahu berkongsikan kedukaannya sebagai seorang wanita dan isteri kepada seorang lelaki dan suami yang kaki perempuan.Suaminya tidak pernah puas dengan seorang isteri di mana kahwin cerai adalah perkara biasa bagi suaminya.Bermadu dan di madukan perkara biasa pula bagi wanita ini.Dari perempuan muda hingga ke tua semua nak di cuba.

Di harap luahan wanita ini dapat di jadikan pedoman pada mereka yang dalam situasi yang sama.


” Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu..Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai,dan sudah pun berkahwin lain.Yg kedua (dah naik jd no 1) dan saya no 2. Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lg.Saya jd kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama dikampung ).Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yg ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula.Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?


Tp betul org tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala. Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dgn budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia beli handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.


Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama dikampung yg memujuk saya secara tiba tiba, pd dia saya meluah segala.. saya tak tenang, jgn kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih. Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.

Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tp saya tak bertanya. Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya kerumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu. Allah menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang semua ada. Saya balik kerumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya hantar kerumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami.Dengan hati yg membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak.Nasib saya bawa ibubapa saya sebagai saksi.


Lepas 2 bulan,saya menerima sms, dari budak perempuan tu..mengatakan sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami.. saya itu dan ini, mcm mcm kurang.. saya dh redha, saya mengalah.. kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua.. akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.


Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba..utk membina kembali. Tapi masih tidak serumah ,kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun,2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG,IBU SAYA .Pd suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur.Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri.Saya nampak perubahan,setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..rezeki dipermudahkan.


Selepas 2 tahun,saya diuji lagi.. suami bernikah disempadan dgn janda anak 4,dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu..hampir sebulan kami tidak berhubung,berikutan hubungan suami dgn perempuan juga.Tulah bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali.


Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima,orang baik saya sepuluh kali baik.Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya,kebaikan yg dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan.

Isteri baru suami menyatakan kata kekurangan saya..saya terlalu pentingkan kerja,tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja ? Jika rumah,api air,unifi,pampers susu,insurans,duit dapur dan duit bg emak semua atas saya? Wallahi,saya tak minta suami sepanjang kami bernikah,ada bagi..tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu berada disamping saya,menjaga anak anak disaat saya mencari sesuap nasi.Saya berusaha sendiri.Pada fikiran saya yg dikatakan kolot ni,tak mengapa suami tak ada duit,saya ada.Kita org tua tak makan tak apa,anak2 perlu makan minum,susu pampers mesti ada.Tu belum sakit mereka lagi,kita sakit makan panadol tidur .Budak? Mereka tak tahu.

Setiap hari saya pulang kerumah ,saya tinggalkan masalah saya dan suami didalam kereta,saya ukir senyuman utk anak2.Ibu saya tak tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru,daftar menggunakan surat cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi,bukan seorang kini dua org. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka difb dan instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu.Saya hanya mampu mendengar.

Tak mengapalah,saya kata once for all.Jaga hati sendiri,salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir,saya tak rugi apa2, saya cuma tak ada suami,saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah,kereta dan anak2.

Saya bersyukur Allah SWT masih sayang ,ujian saya ni kecil jika dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai,Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya kemahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa,saya tahu saya kuat.Allah ada,Allah lindung saya. Saya tak tuntut apa2 dengan suami,hanya lepaskan saya cara baik.Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa,ada rezeki lain utk anak.Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah,bulat- bulat “.


Buat isteri diluar sana,kalau suami ada perempuan lain,jangan menangis atau murung,bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja.Belajar berdikari.Doa banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan. Thanks admin.


kredit: apeciter.com