Setiap orang
sudah pastinya mempunya perancangan dalam hala tuju hidup mereka, terutama bab
kewangan, sudah pastinya semua di kalangan kita mahukan yang terbaik, namun
ramai dalam kalangan rakyat Malaysia gagal menguruskan kewangan mereka sebaik
mungkin, namun tips dari Tuan Amir Syahir ini mungkin memberi inspirasi untuk
anda..
Perancangan
untuk 5 tahun mendatang terbaharu aku ialah;
1.
Buat ASB Financing RM200K. Katakan bulanan RM1200 setahun RM14,400.
2.
Lepas setahun, katakan dividen diumumkan 7.25% akan dapat RM14,500.
3.
Buat pula ASB2 Financing RM200K yang bayaran sebulan RM1100 dan setahun
RM13,200.
4.
Bayar ansuran ASB2 guna dividen ASB1. Ada lagi lebihan RM1300
(RM14,500-RM13,200) untuk belanja atau disimpan.
5.
ASB1 Financing dibayar macam biasa setiap bulan dan ASB2 dibayar menggunakan
dividen ASB1.
6.
Selepas setahun. ASB2 akan memiliki dividen sendiri. Kita anggarkan kekuatan
ASB2 sama macam ASB1. Katakan dividen ASB2 7%. Dan jumlah dividen bakal
diperolehi RM14,000.
7.
Disebabkan ansuran ASB2 lagi murah, kita bayar ASB2 tiap bulan dan ansuran ASB1
bayar menggunakan dividen ASB2.
8.
Layan langkah 7 sampai 5 tahun.
9.
Dividen ASB1 dibiarkan compounding dan dividen ASB2 bayar ansuran ASB1.
Senang
nak faham macam ni, kita guna dividen ASB1 untuk bayar ansuran ASB2 dan lepas
setahun dividen ASB2 pula bayar ansuran bulanan ASB1. Dividen ASB1 biarkan
compounding. Dividen ASB2 jadikan untuk bayar ansuran ASB1. Jadi komitmen kita
masih sama.
Lepas
5 tahun kita terminate kita dapat:
ASB1
Dividen
terkumpul (48 bulan) : RM62,100
Prinsipal
(60 bulan) : RM22,270
ASB2
Dividen
tahun terakhir: RM14,000
Prinsipal
(48 bulan) : RM12,320
Jumlah:
RM110,690
Dividen
terkumpul di ASB1 dikira 48 bulan sahaja disebabkan tahun pertama digunakan
untuk bayar ansuran ASB2. Dan pulangan prinsipal pada ASB2 dikira 48 bulan
disebabkan usianya 4 tahun manakala usia ASB 5 tahun (60 bulan).
Dapat
RM110,690 hanya 5 tahun? Perghh..ia bersamaan kau menyimpan RM1844.83 sebulan
selama 5 tahun. Itu tak dikira lebihan dividen RM1300 pada tahun pertama lagi.
Dah boleh beli Honda HR-V tunai!! Sekarang dah tahu kenapa orang kata jangan
beli kereta dulu ataupun beli kereta murah dulu dah kan. Tapi orang bijak dia
tak beli kereta mewah, dia melabur hartanah pula. Buat deposit beli rumah.
Generate lagi aliran tunai.
Amacam
faham tak? Ramai orang tanya dengan aku. Dorang ada duit dalam ASB tunai RM50K
lah, ada RM20K lah. Tapi tak pandai optimumkan kewangan yang kukuh tu. Duk
ingat bank je untung. Kita untung besar lagi.
Gaji
besar bolehlah buat? Ada je gaji bawah RM2500 tapi dah beli kereta import
mahal-mahal. Bulanan RM800-RM900. Campur minyak kereta lagi dah lebih RM1200
sebulan. Hutang sampai 9 tahun. Kalau kau tahan kejap, beli kereta murah ke, 5
tahun kau boleh beli kereta import tanpa hutang dah.
Itu
baru 5 tahun. Kalau layan sampai habis ASB & ASB2 Financing tu tak ke
jutawan? Dah pencen nanti takyah kerja dah.
Akhir
kata, fahami potensi pelaburan. Naik turun tu asam garam pelaburan. ASB sesuai
untuk pelabur suka risiko rendah. Fahami kekuatan kewangan kita, buat
kira-kira, setkan matlamat apa yang kita mahu. Jangan main ikut orang jeeeee.
Kah!
Kredit: Amir Syahir