Thursday, February 25, 2016

Unknown

PADAH!!! Ditahan kerana tembak burung kebangsaan Filipina

Manila: Seekor burung helang pemakan monyet yang dilepaskan ke hutan di bawah satu program pemuliharaan kini berjuang untuk hidup selepas ditembak, kata kumpulan pemuliharaan Filipina semalam.
Burung sepanjang tiga meter yang memburu monyet dan haiwan kecil sebagai makanan itu ditembak pada Ahad lalu.
Helang berkenaan burung kebangsaan Filipina dan dilindungi undang-undang.
Yayasan Helang Filipina dalam satu kenyataan berkata, seorang lelaki menyerah diri di Davao di Mindanao pada Ahad lalu dan membawa helang yang cedera itu.
Lelaki itu dan seorang lagi rakannya diserahkan kepada polis.
Katanya, sayap kanan helang itu cedera akibat ditembak dan tidak dapat dipastikan haiwan berkenaan boleh terbang lagi atau tidak.
“Burung yang cedera itu masih dirawat, tetapi peluang ia untuk hidup masih belum diketahui,” kata jurucakap yayasan itu, Anna Mae Sumaya.
Populasi helang itu kini dianggarkan tinggal 600 ekor dan ia hanya boleh ditemui di Filipina.
Menurut undang-undang Filipina, sesiapa yang membunuh dan mencederakan helang itu boleh dikenakan hukuman penjara serta denda. - AFP

Kredit: Harian metro