Thursday, February 25, 2016

Unknown

CANGGIH !!!Model Terbaik Dari Xiaomi Diperkenalkan Xiaomi Mi 5 Mampu SETANDING APPLE IPHONE 6S

Setelah dua tahun Xiaomi Mi 4 tidak dikemaskini akhirnya hari ini Xiaomi telah melancarkan model terbaik dari mereka iaitu Xiaomi Mi 5. Nampaknya, desas-desus mengenai reka bentuk dan spesifikasi Xiaomi Mi 5 sebelum ini adalah hampir tempat. Cuma, semasa pelancaran tidak diumumkan pula model merah jambu seperti mana tertiris sebelum ini. Mungkin Xiaomi akan keluarkan Edisi khas pada masa akan datang dengan warna merah jambu.
Bagi harga Xiaomi Mi 5, ia boleh dikatakan peranti termurah di pasaran sekarang yang menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 820. Terdapat tiga model Xiaomi Mi 5 yang berada dipasaran tidak lama lagi iaitu versi Pro (128GB) akan dipasarkan pada harga RMB2999 (±RM1999) , model 64GB berharga RMB2299 (±RM1499) manakala harga Xiaomi Mi 5 model 32GB pula sekitar RMB1999 (±RM1299).
Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5
Tiga Pilihan Warna Xiaomi Mi 5
Untuk rekaan luar, terdapat dua material digunakan pada bahagian belakang Xiaomi Mi 5. Kerangka luar seramik boleh didapati pada model Pro sahaja. Bagi dua model yang lain diperbuat dari kaca pada bahagian penutup belakangnya.
Spesifikasinya tidak perlu disangkal lagi, ia berada sebaris dengan model-model perdana yang lain. Malah beberapa bahagian memberi kelebihan pada Xiaomi Mi 5 seperti teknologi 4-Axis untuk OIS dilihat lebih baik berbanding Apple iPhone 6S dan model-model perdana yang lain. Kualiti kameranya juga mengkagumkan dengan sensor 16 Megapixel pada kamera utamanya. Kamera hadapan pula dilengkapi dengan 2μm 4 Megapixel.
Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5
Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5
Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5
Kelebihan dan Ciri-Ciri Utama Pada Xiaomi Mi 5
Spesifikasi Xiaomi Mi 5 yang lebih jelas seperti dibawah yang dibandingkan dengan model terdahulu Xiaomi Mi 4.
Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 4
PlatformAndroid 6.0 (Marshmallow)Android 4.4.3 (KitKat)
PemprosesQualcomm MSM8996 Snapdragon 820Qualcomm MSM8974AC Snapdragon 801
CPU
  • Dual-core 2.15 GHz Kryo & Dual-Core 1.6 GHz – Pro Edition
  • Dual-core 1.8 GHz Kryo & Dual-Core 1.6 GHz
  • Quad-Core 2.5 GHz Krait 400
Paparan5.15 Inci, 1080 x 1920 Pixels5.0 Inci, 1080 x 1920 Pixels
Memori
  • 4 GB RAM, 128 GB Internal – Pro Edition
  • 3 GB RAM, 32/64 GB Internal
  • 3 GB RAM, 16/64 GB Internal
Kamera
  • 16 Megapixel, F2.0 (Kamera Utama)
  • 4 Megapixel, F2.0 (Kamera Selfie)
  • Dual-LED Flash, OIS, 4K Recorder
  • 13 Megapixel, F1.8 (Kamera Utama)
  • 8 Megapixel, F1.8 (Kamera Selfie)
  • LED flash, HDR
Rangkaian4G LTE, Dual-SIM4G LTE, Dual-SIM
BateriLi-Po 3000 mAhLi-Ion 3080 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Putih, Emas dan Hitam
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Quick Charge 3.0
  • Pengimbas Cap Jari
  • Warna Emas dan Perak
  • Bluetooth, Wi-Fi
Harga Xiaomi Mi 5 Di MalaysiaHarga Jangkaan : RM1999 (128GB),  RM1499 (64GB), RM1299 (32GB)RM899 (16GB)
Semasa pelancaran Xiaomi Mi 5, Xiaomi turut mengumumkan kemaskini terbaru pada MiUi. Salah satu daripadanya adalah Panggilan Video melalui internet. Beberapa perkara menarik untuk aplikasi yang dinamakan Mi Video Call ini antaranya seperti boleh membuat panggilan video berkumpulan. Bukan itu saja, ia boleh dijadikan latar ketika bermesej. Tentu lebih menarik sekiranya beloh melihat teman anda secara langsung sambil bermesej.
Lebih manarik, Aplikasi tidak terhad untuk pengguna Xiaomi sahaja. Malah turut boleh dimuat turun untuk pengguna Android dan Apple yang lain.

Tarikh Pasaran Dan Harga Xiaomi Mi 5 Di Malaysia

Untuk pasaran China, Xiaomi Mi 5 akan mula dijual pada 1 March ini melalui laman rasmi Mi.com. Bagi pasaran antarabangsa pula akan menyusur kemudian namun tarikh jualan tidak diketahui. Begitu juga di Malaysia yang masih lagi menjadi tanda tanya.
Bagi harga jualan pula, harga Xiaomi Mi 5 dijangka sekitar RM1999 untuk model 128GB, RM1499 untuk model 64GB dan RM1299 bagi model 32GB. Perlu diingat, ini adalah harga tukaran langsung dari Chinese Yuan ke Ringit Malaysia tanpa mengambil kira cukai dan lain-lain cas di Malaysia. Harga sebenar mungkin lebih tinggi. Anda boleh merujuk Senarai harga terbaru Xiaomi sekiranya peranti ini di pasaran tempatan kelak.
kredit mesramobile