Sunday, February 7, 2016

Unknown

Apa yang akan jadi sekiranya anda menggantikan Butang Touch ID Peranti?

Butang home fizikal dengan sistem imbasan jari Touch ID diperkenalkan oleh Apple pada peranti iPhone 5S. Ia kemudian digunakan pada iPad Air 2, iPad Mini 3,iPad Mini 4, iPad Pro, iPhone 6, iPhone 6S dan iPhone 6S Plus . Seperti butang fizikal pada iPhone sebelum ini, ia terdedah kepada masalah kerosakan selepas digunakan berkali-kali. Sekiranya ini berlaku kepada anda, anda dinasihatkan supaya membaiki peranti menerusi agen yang sah sahaja. Ini adalah kerana sekiranya anda melakukannya sendiri atau pada kedai tidak bertauliah, peranti anda akan rosak selamanya-lamanya (bricked). Data yang disimpan pula tidak akan boleh diakses.
Ribuan pengguna iOS yang dilengkapi butang Touch ID yang ditukar hanya menemui masalah ini selepas sistem operasi dikemas kini ke versi iOS9 terbaru. Menurut Apple kemas kini terkini akan melakukan carian setiap komponen peranti. Sekiranya mereka mendapati komponen asal telah ditukar ganti, ia akan mengunci peranti secara automatik. Apa yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengalami masalah ini? Apple mengesyorkan anda mendapatkan bantuan dari agen yang disahkan sahaja. Hanya mereka diberikan akses untuk mengubah butang home Touch ID secara sah. Ini adalah antara langkah keselamatan Apple bagi mengelakkan penggunaan peranti yang dicuri dan pada masa yang sama mengelakkan penggunaan alat ganti tidak tulen. Sekiranya anda mahu mengganti secara DIY, berita buruk bagi anda kerana ini lagi boleh dilakukan.
Berita baik disini ialah peranti yang dicuri tidak akan boleh digunakan komponennya oleh pencuri pada peranti lain. Pada waktu yang sama Apple sudah mempatenkan butang home 3D Touch yang tidak mempunyai komponen mekanikal sekaligus sukar untuk mengalami kerosakan berbanding butang yang digunakan sekarang.

kredit: amanz