Ketika pertama kali dihasilkan Apple iPhone mempunyai skrin sebesar 3.5″. Saiz skrin ini dipilih kerana menurut Steve Jobs ianya saiz terbaik bagi memudahkan sebatang jari menyentuh keseluruhan permukaan skrin. Era Steve Jobs berganti dan kini peranti Apple hadir dengan skrin yang lebih besar pada kemunculan iphone 6, iphone 6+ dan iphone 6S
Sungguhpun saiz skrin peranti pintar semakin
besar, bancian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati masih terdapat
permintaan tinggi untuk peranti dengan skrin bersaiz 4″. Ura-ura iPhone 6C dengan saiz skrin yang lebih kecil
sudah berlegar sejak 6 dan 6+ dijual tahun lalu. Hari ini sebuah video yang
memaparkan peranti yang mirip iphone 6 namun saiznya lebih kecil muncul di
arena web. Dari segi rekaan, ianya versi mini iPhone 6S. Bicu audio nampaknya
dikekalkan.
Namun ada khabar angin yang berkata apple akan
menamakannya sebagai iphone 5se dek kerana kejayaan penjualan yang tinggi telah
dicatatkan iphone 5s. Sudah semestinya Apple ingin meneruskan legasi
kecemerlangan edisi yang ke 5 ini. Kepada peminat peranti iPhone di kalangan
pembaca Dakwat Pena, adakah iPhone dengan saiz skrin kecil ini menarik minat
anda ataupun zaman peranti dengan skrin kecil sudah berakhir? Apapun sama-sama lah kita saksikan
kemunculannya yang dijangkakan berada di pasaran pada bulan Mac 2016 ini.
Lihat video di sini: