Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts
Showing posts with label TEKNOLOGI. Show all posts

Friday, August 5, 2016

Unknown

(4 Foto) Kereta Proton Saga Terdedah, Bentuk Lebih Moden & Futuristik

Foto : Proton Community Malaysia

Kuala Lumpur, 4 Ogos - Beberapa keping gambar 'spyshot' yang merakamkan kereta Proton Saga yang baharu mula tersebar di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp.

Jika dilihat dari sudut belakang, memang boleh dilihat 'improvement' dari segi reka bentuk Saga terbaru ini.

Antara perbezaan yang ketara yang boleh dilihat antara Saga 2016 dan Saga sebelumnya adalah lampu brek. Tak dinafikan curving pada lampu brek Saga 2016 agak 'menggiurkan' dan sekaligus akan menjadikan Saga terbaru ini kelihatan lebih panjang jika dilihat dari bahagian sisi.

Penambahbaikan reka bentuk ini juga dilihat sebagai satu usaha Proton untuk meletakkan kereta-kereta mereka setaraf dengan reka bentuk kereta import yang lain.

Proton mengumumkan mereka akan mengeluarkan tiga model baru tahun itu iaitu Persona, Saga dan juga MPV baharu, Ertiga pada bulan ini, ini bermakna kereta ini akan memunculkan dirinya secara rasmi tidak lama lagi.

Foto : Proton Community Malaysia

Foto : Sumber


Ini Pula Spyshot terkini yang dikatakan Proton Persona yang terbaharu. : Kredit Proton Edar Online - Muaz



Baca Lagi

Friday, July 29, 2016

Unknown

Kenapa Penutup Tingkap Kapal Terbang Perlu Dibuka Ketika Berlepas & Mendarat? Ini Jawapannya

Sekiranya anda pernah menaiki kapal terbang, anda mungkin tertanya-tanya kenapa penutup tingkap di dalam kapal terbang perlu dibuka ketika kapal terbang sedang berlepas atau mendarat.

Secara ringkasnya, ia adalah supaya krew kabin boleh melihat di sebelah mana yang paling selamat turun sekiranya berlaku kecemasan.

Seorang pegawai keselamatan penerbagan, Saran Udayakumar memberi penjelasan kepada seorang pengguna laman web Quora tentang perkara itu dengan berkata membuka penutup tingkap adalah salah satu dari proses yang panjang untuk menyediakan kabin jikalau berlaku sebarang kecemasan.




Perlu diingatkan, kecemasan banyak berlaku ketika pesawat sedang dalam proses berlepas atau mendarat.

Pembukaan penutup tingkap, meletakkan meja pada tempatnya, dan menegakkan tempat duduk boleh membantu krew kabin mengosongkan pesawat - satu proses yang perlu dilaksanakan dalam masa 90 saat - jika berlaku sebarang kecemasan.

"Ketika dalam kecemasan, setiap saat penting

"Jadi jika penutup dibuka, krew boleh melihat keadaan di luar supaya mereka boleh mengatur proses evakuasi (pintu mana yang perlu digunakan untuk evakuasi, etc).", tulis Saran.


Kecemasan biasanya berlaku ketika pesawat berlepas dan mendarat, tambahnya lagi.

Saran juga berkata, jika berlepas atau mendarat pada siang hari, cahaya dari tingkap dan lampu di atas kepala penumpang yang dibuka penuh akan membantu mata penumpang supaya tidak berpinar ketika keluar dari pesawat semasa proses evakuasi.

Ketika malam pula, lampu itu akan dimalapkan supaya penumpang tidak mengalami masalah mata itu ketika keluar ketika kecemasan.

Jadi, jika pramugara/pramugari meminta membuka tingkap di sebelah anda, pastikan anda memberi kerjasama. Ia mungkin boleh menyelamatkan keadaan. - 


Kredit:Siakapkeli.my
Baca Lagi

Monday, May 16, 2016

Unknown

KENAPA PESAWAT TERBESAR DUNIA BERHENTI DI MALAYSIA, BUKAN KAT SINGAPURA ATAU INDONESIA?

Malaysia baru je menerima ketibaan tetamu istimewa, pesawat Antanov 225 Ukrainian 1980 yang dikatakan sebagai pesawat terbesar di dunia! Ia mendarat kat KLIA untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangannya ke ke Australia bagi menghantar generator elektrik seberat 117 tan.

Tapi… betul ke ni pesawat yang terbesar di dunia? Camne dengan pesawat gedabak lain macam Boeingdan Airbus? Jom kita buat perbandingan!
1. Hughes H-4 Hercules, kepanjangan 218 kaki 6 inci dengan sayap 320 kaki

Pengangkutan penerbangan transatlantik waktu Perang Dunia II
2. Airbus A380-800F, kepanjangan 239 kaki 3 inci dengan sayap 261 kaki 8 inci
Image dari mylogs
Pesawat penumpang terbesar
3. Antonov An -124, memiliki kepanjangan 226 kaki 8.5 inci dengan sayap 240 kaki 5.75 inci
Image dari Rajawow.com
Image dari Rajawow.com
4. C-5 Galaxy, kepanjangan 247 kaki 10 inci dengan sayap 222 kaki 9 inci

Pesawat khas untuk armada Amerika Syarikat.
5. Boeing 777 -300 ER, mempunyai kepanjangan 242 kaki 4 inci dengan sayap 212 kaki 7 inci
Image dari wikimedia
Pesawat komersial yang terbesar.
6.  Antonov An-225, memiliki kepanjangan 275 kaki 7 inci dengan sayap 290 kaki
Image dari Skyscrapercity
Pesawat kargo.
So betul lah yang Antonov An-225 sekarang ni merupakan pesawat yang terbesar di dunia!

Macam mana Antonov An-225 Mriya mula-mula dibina

Pada zaman persaingan menawan ruang angkasa, Amerika dan Russia berlumba-lumba dalam mencipta pesawat memasing. Waktu tu Kesatuan Soviet pon kemukakan lah idea untuk melancarkan kapal terbang ni.
Biro Reka Bentuk Antonov diberi kontrak untuk merekabentuk 2 buah Antonov 225 (yang dibesarkan daripada model AN-124). Pesawat pertama ni berjaya disiapkan tapi yang lagi satu tu terbengkalai je akibat kejatuhan Kesatuan Soviet.
Kapal, kereta semua cenonot je nak bandingkan dengan An-225. Image dari
An-225 dan anak-anak buah. Image dari Yeku Tulun Sabah
Korang mesti tertanya-tanyakan besar sangat ke? tengok kat gambar cam biasaq je, tak nampak besar pon. Nak tahu, ce korang tengok kat bawah ni:
Perbandingan dengan pesawat komersial lain. Image dari Erafm
Perbandingan dengan beberapa pesawat komersial lain. Image dari Erafm
Pesawat ni boleh bawak kapal selam? Image dari Erafm
Pesawat ni boleh bawak kapal selam? Image dari Erafm
Hahh jangan terkejut, train pon boleh muat masuk dalam ni! Image dari Erafm
Hahh jangan terkejut, train pon boleh muat masuk dalam ni! Image dari Erafm
Beberapa buah track boleh masuk dalam ni tu. Image dari Erafm
Beberapa buah track boleh masuk dalam ni tu. Image dari Erafm
Perbezaan saiz Antonov An-225 dengan Boeing B737-400 Malaysia Airlines. Image dari Jetphotos
Perbezaan saiz Antonov An-225 dengan Boeing B737-400 Malaysia Airlines. Image dari Jetphotos
Perbandingan bentuk peaswat terbesar An-225 (green), the Hughes H-4 Hercules (gold), the Boeing 747–8 (blue), dan A380-800 (pink). Image dari Weaponary
Perbandingan bentuk peaswat terbesar An-225 (green), the Hughes H-4 Hercules (gold), the Boeing 747–8 (blue), dan A380-800 (pink). Image dari Weaponary
Apa yang menariknya, pesawat ni menggunakan 6 buah enjin turbo jet Ivchenko Progress D-18T (kalau pesawat biasa 2 enjin je), 42 tayar, berukuran 88 meter lebar dari hujung sayap ke hujung satu lagi serta 85 meter panjang dengan berat keseluruhan 640 tan.
Ia boleh terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.
dalam pesawat An 225 Dlm pesawat 225 a
Image dari oh melodi
Image dari oh melodi

Kenapa berhenti di KLIA?

So dengan saiz pesawat yang sebesar tu, KLIA dianggap lokasi paling sesuai (dengan keluasan 100 kilometer persegi) sebab ia mempunyai landasan yang luas. Ia jugak pernah diiktiraf sebagai lapangan terbang kedua terbaik dunia dengan reka bentuk yang unik dan memiliki kemudahan yang selesa.
Sebab itulah KLIA menjadi pilihan jika nak dibandingkan dengan lapangan terbang negara berdekatan seperti Singapura atau Indonesia.
KeIuasan landasan kat KLIA. Image dari skyscraper city
KeIuasan landasan kat KLIA. Image dari skyscraper city

Setelah sembilan tahun berlalu…

Korang tahu tak sebenarnya kan ni bukanlah kali pertama pon pesawat ni menjejaki tayarnya kat bumi Malaysia tapi dari apa yang kitaorang dapat tahu, kali terakhir ia ke Malaysia pada sembilan tahun yang lalu sekitar Disember  2007.

BACA NI: [TERKINI 17MEI!!!] Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pekan..
Ni abam MagikPena belanja Video..

kredit: soscili
Baca Lagi

Monday, February 29, 2016

Unknown

Kelajuan Internet 100 kali lebih pantas daripada Wi-Fi pasti membuatkan anda tak percaya

Menghubungkan telefon pintar anda ke akses internet menggunakan cahaya adalah kaedah terbaharu yang ditawarkan oleh teknologi Li-Fi, selain ia turut mempunyai kelajuan sehingga 100 kali ganda berbanding Wi-Fi.

Syarikat teknologi Perancis, Oledcomm melakukan satu demonstrasi teknologi Li-Fi berkenaan di Kongres Mobil Sedunia di Barcelona, dengan meletakan sebuah telefon pintar di bawah cahaya lampu. Telefon berkenaan kemudiannya memainkan video.

Kelebihan terbesar Li-Fi atau ketepatan cahaya (light fidelity) adalah kelajuan cahayanya.

Ujian makmal menunjukkan teori kelajuannya melayari Internet melebihi 200 Gbps, iaitu satu kelajuan seperti memuat turut 23 DVD dalam satu saat, menurut Ketua OledComm, Suat Topsu.

“Li-Fi boleh mengatasi kelajuan Wi-Fi sebanyak 100 kali ganda menggunakan gelombang radio untuk menghantar data," ujarnya,

Teknologi berkenaan menggunakan frekuensi yang dihasilkan daripada mentol LED, yang berkerdipan lebih ribuan kali dalam satu saat, untuk menyalurkan maklumat melalui udara.

 Li-Fi boleh mengatasi kelajuan Wi-Fi sebanyak 100 kali ganda menggunakan gelombang radio 
    
Teknologi itu mula digunakan di luar makmal pada 2015, apabila ia diuji di beberapa muzim dan gedung beli-belah dengan menggunakan tetapan harian, di Perancis sebelum dibawa uji di Belgium, Estonia, dan India.

Syarikat pencahayaan dan peralatan perubatan di Belanda, Philips, dilaporkan berminat untuk menggunakan teknologi berkenaan.

Apple juga dilaporkan akan menggunakan teknologi tersebut dalam telefon pintarnya yang akan datang, iPhone 7, pada akhir tahun ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma Velmenni di Estonia, Deepak Solanki yang turut menguji teknologi Li-Fi berkenaan dalam sektor industri angkasa pada tahun lalu berkata, beliau menjangkakan teknologi berkenaan akan dikomersialkan dalam masa dua tahun, dan orang ramai akan menggunakannya pada pelbagai peringkat.

Masih dalam ujian makmal

Bagaimanapun penganalisis mempunyai pandangan berbeza, dengan berpendapat Li-Fi sukar menggantikan teknologi Wi-Fi.
“Ia bergantung bagaimana teknologi Wi-Fi berevolusi pada tahun-tahun yang berikutnya. Teknologi tersebut hanya boleh berada dalam peringkat makmal sahaja pada ketika ini,” kata Ketua Penganalisis Firma PwC, Jim Tully.

Jelasnya lagi, Li-Fi mempunyai kelemahan apabila ia hanya mampu berfungsi jika sesebuah telefon pintar atau peralatan lain diletakkan betul-betul di bawah cahaya, dan tidak boleh menembusi dinding.

Beliau berkata Wi-Fi mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kelajuan komunikasinya secara berterusan dengan melalui beberapa generasi teknologi.

Kredit: Astro Awani
Baca Lagi

Thursday, February 25, 2016

Unknown

MENGANCAM !!! Kini 4 Laptop MSI Gaming Series Kini Hadir Dengan Intel Skylake

Sejak pengumuman cip pemprosesan terbaru dari Intel keenam iaitu Intel Skylake, banyak jenama telah membawakan produk baru dan kemaskini bagi komputer mereka. MSI, jenama komponen komputer yang sinonim dikalangan pengguna pada hari ini telah mengemaskini 3 komputer riba MSI Gaming Series yang dilengkapi cip pemprosesan Intel Skylake terbaru untuk pasaran tempatan dan turut hadir dengan 1 model baru dibawah nama Phantom.
Untuk kemaskini komputer riba dengan cip terbaru Intel Skylake, siri GT72 Dominator Pro G hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7 6820HK atau Intel Core i7 6700HQ serta kad grafik Nvidia GeForce GTX 980M atau 970M. Bagi siri ini ia juga turut membawakan Nvidia G-Sync. Bagi siri GS70 Stealth dan GS60 Ghost, ia hadir dengan cip Intel Core i7 6700 HQ dengan kad grafik Nvidia GeForce GTX 970M 3GB DDR5 dan 16GB RAM DDR4. Bagi siri GE 62 / GE 72 Apache Pro, ia juga hadir dengan cip Intel Core i7 6700 HQ dengan kad grafik Nvidia GeForce GTX 970M atau 960M.
MSI Gaming Series -IMG_7724
Salah satu komputer riba terbaru dari MSI yang dilancarkan adalah GS40 Phantom Series. Komputer riba bersaiz 14 inci ini dilengkapi cip pemprosesan Intel Core i7 6700HQ dan kad grafik Nvidia GTX 970M 3GB DDR5. Berbanding model lain, model ini mempunyai saiz yang lebih kecil dan juga lebih ringan, seringan 1.6kg. Ia hadir dengan RAM sebesar 16GB DDR4 serta kapasiti storan 256GB SSD dan 1TB HDD. Pada harga RM 8,499 termasuk GST, ia turut disertakan dengan jaminan selama 2 tahun.
Kesemua komputer riba dalam siri MSI Gaming Series ini beroperasi menggunakan Windows 10 dan papan kekunci yang dibangunkan oleh SteelSeries serta turut disertakan dengan beberapa fungsi khusus yang dibangunkan MSI. Salah satunya adalah kombinasi aplikasi Killer Doubleshot Pro dan Killer Shield yang membolehkan penstriman langsung semasa memainkan permainan video dilakukan tanpa mengganggu prestasi komputer tersebut. Ia boleh dikatakan seumpama mempunyai cip pemprosesan kedua pada PlayStation 4 yang bertugas untuk merakam video. Satu lagi aplikasi yang turut disertakan untuk pengguna adalah XSplit Gamecaster yang membolehkan pengguna memasukkan rakaman pengguna semasa memainkan video, dan aplikasi tersebut akan meletakkan rakaman tersebut pada rakaman permainan yang dilakukan. Aplikasi ini diberikan secara percuma untuk tempoh 12 bulan.
Jika anda mencari laptop yang keperluan khusus untuk permainan video, boleh dikatakan komputer riba MSI Gaming Series ini mempunyai penyelesaian menyeluruh menerusi pelbagai spesifikasi dan aplikasi yang disediakan pada komputer riba ini. Ia boleh didapati di kedai-kedai utama seluruh Malaysia dan jaminan selama 2 tahun turut disediakan untuk komputer riba berkuasa ini.
kredit: amanz.my
Baca Lagi
Unknown

CANGGIH !!!Model Terbaik Dari Xiaomi Diperkenalkan Xiaomi Mi 5 Mampu SETANDING APPLE IPHONE 6S

Setelah dua tahun Xiaomi Mi 4 tidak dikemaskini akhirnya hari ini Xiaomi telah melancarkan model terbaik dari mereka iaitu Xiaomi Mi 5. Nampaknya, desas-desus mengenai reka bentuk dan spesifikasi Xiaomi Mi 5 sebelum ini adalah hampir tempat. Cuma, semasa pelancaran tidak diumumkan pula model merah jambu seperti mana tertiris sebelum ini. Mungkin Xiaomi akan keluarkan Edisi khas pada masa akan datang dengan warna merah jambu.
Bagi harga Xiaomi Mi 5, ia boleh dikatakan peranti termurah di pasaran sekarang yang menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 820. Terdapat tiga model Xiaomi Mi 5 yang berada dipasaran tidak lama lagi iaitu versi Pro (128GB) akan dipasarkan pada harga RMB2999 (±RM1999) , model 64GB berharga RMB2299 (±RM1499) manakala harga Xiaomi Mi 5 model 32GB pula sekitar RMB1999 (±RM1299).
Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5
Tiga Pilihan Warna Xiaomi Mi 5
Untuk rekaan luar, terdapat dua material digunakan pada bahagian belakang Xiaomi Mi 5. Kerangka luar seramik boleh didapati pada model Pro sahaja. Bagi dua model yang lain diperbuat dari kaca pada bahagian penutup belakangnya.
Spesifikasinya tidak perlu disangkal lagi, ia berada sebaris dengan model-model perdana yang lain. Malah beberapa bahagian memberi kelebihan pada Xiaomi Mi 5 seperti teknologi 4-Axis untuk OIS dilihat lebih baik berbanding Apple iPhone 6S dan model-model perdana yang lain. Kualiti kameranya juga mengkagumkan dengan sensor 16 Megapixel pada kamera utamanya. Kamera hadapan pula dilengkapi dengan 2μm 4 Megapixel.
Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5
Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5
Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 5
Kelebihan dan Ciri-Ciri Utama Pada Xiaomi Mi 5
Spesifikasi Xiaomi Mi 5 yang lebih jelas seperti dibawah yang dibandingkan dengan model terdahulu Xiaomi Mi 4.
Xiaomi Mi 5Xiaomi Mi 4
PlatformAndroid 6.0 (Marshmallow)Android 4.4.3 (KitKat)
PemprosesQualcomm MSM8996 Snapdragon 820Qualcomm MSM8974AC Snapdragon 801
CPU
  • Dual-core 2.15 GHz Kryo & Dual-Core 1.6 GHz – Pro Edition
  • Dual-core 1.8 GHz Kryo & Dual-Core 1.6 GHz
  • Quad-Core 2.5 GHz Krait 400
Paparan5.15 Inci, 1080 x 1920 Pixels5.0 Inci, 1080 x 1920 Pixels
Memori
  • 4 GB RAM, 128 GB Internal – Pro Edition
  • 3 GB RAM, 32/64 GB Internal
  • 3 GB RAM, 16/64 GB Internal
Kamera
  • 16 Megapixel, F2.0 (Kamera Utama)
  • 4 Megapixel, F2.0 (Kamera Selfie)
  • Dual-LED Flash, OIS, 4K Recorder
  • 13 Megapixel, F1.8 (Kamera Utama)
  • 8 Megapixel, F1.8 (Kamera Selfie)
  • LED flash, HDR
Rangkaian4G LTE, Dual-SIM4G LTE, Dual-SIM
BateriLi-Po 3000 mAhLi-Ion 3080 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Putih, Emas dan Hitam
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Quick Charge 3.0
  • Pengimbas Cap Jari
  • Warna Emas dan Perak
  • Bluetooth, Wi-Fi
Harga Xiaomi Mi 5 Di MalaysiaHarga Jangkaan : RM1999 (128GB),  RM1499 (64GB), RM1299 (32GB)RM899 (16GB)
Semasa pelancaran Xiaomi Mi 5, Xiaomi turut mengumumkan kemaskini terbaru pada MiUi. Salah satu daripadanya adalah Panggilan Video melalui internet. Beberapa perkara menarik untuk aplikasi yang dinamakan Mi Video Call ini antaranya seperti boleh membuat panggilan video berkumpulan. Bukan itu saja, ia boleh dijadikan latar ketika bermesej. Tentu lebih menarik sekiranya beloh melihat teman anda secara langsung sambil bermesej.
Lebih manarik, Aplikasi tidak terhad untuk pengguna Xiaomi sahaja. Malah turut boleh dimuat turun untuk pengguna Android dan Apple yang lain.

Tarikh Pasaran Dan Harga Xiaomi Mi 5 Di Malaysia

Untuk pasaran China, Xiaomi Mi 5 akan mula dijual pada 1 March ini melalui laman rasmi Mi.com. Bagi pasaran antarabangsa pula akan menyusur kemudian namun tarikh jualan tidak diketahui. Begitu juga di Malaysia yang masih lagi menjadi tanda tanya.
Bagi harga jualan pula, harga Xiaomi Mi 5 dijangka sekitar RM1999 untuk model 128GB, RM1499 untuk model 64GB dan RM1299 bagi model 32GB. Perlu diingat, ini adalah harga tukaran langsung dari Chinese Yuan ke Ringit Malaysia tanpa mengambil kira cukai dan lain-lain cas di Malaysia. Harga sebenar mungkin lebih tinggi. Anda boleh merujuk Senarai harga terbaru Xiaomi sekiranya peranti ini di pasaran tempatan kelak.
kredit mesramobile
Baca Lagi