Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

Friday, December 23, 2016

Unknown

[VIDEO!!] Bukan sekadar ahli ibadah bahkan Sultan kelantan YDP Agong Malaysia ke 15 ni mahir menembak, Jom tengok video kemahiran baginda

Baru-baru ini sultan kelantan telah dilantik menjadi YDP Agong ke 15 Malaysia. Kecoh dengan gaya hidup baginda yang beserdahana terutamanya ketika pergi ke masjid untuk solat berjemaah. 

Timbul pula ahli politik AMANAH mengeluarkan kenyataan kalau setakat nak jadi ahli ibadah baik berhenti jadi agong

Kali ni viral pula video kemahiran Agong dalam menembak

Yang di-Pertuan Agong ke 15 seorang yang cekap dalam bermain senjata, video ini dirakam semasa Pertandingan Menembak Mahabbah ( Acara Side Arm ) bertempat di Lapang Sasar Gunung, Bachok

.
Baca Lagi

Thursday, September 8, 2016

Unknown

VIRAL!!! Sejam Man to Man talk dengan HAFIZ, BEKAS CALON SUAMI FARA FAUZANA, APA YANG HAFIZ BAGITAHU NI MEMANG BENAR BELAKA, BERSABAR BRO

Rasanya semua dah sedia maklum tentang pembatalan perkahwinan selebriti wanita tempatan Fara Fauzana yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini.
Walaupun wujud ura-ura mengatakan pembatalan tersebut atas sebab status bakal suaminya namun perkara tersebut dinafikan. Ternyata ia sama sekali tidak benar.
Lelaki yang dikenali sebagai Mohamed Hafiz itu merupakan seorang ahli perniagaan. Bekas wartawan terkenal, Syahril A. Kadir sempat bersembang dengan Hafiz selama sejam untuk menyelami apa yang sebenarnya berlaku. Ini Kisahnya.
SEJAM 'MAN - TO - MAN TALK' DENGAN HAFIZ, BEKAS CALON SUAMI FARA FAUZANA
Rasanya peminat hiburan tanah air ramai dah baca kenyataan deejay terkenal Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, yang membuat kejutan apabila memberitahu majlis perkahwinannya dengan Mohamed Hafiz Badiuzzaman yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.
Malah Hafiz juga semalam membuat kenyataan balas menegaskan yang beliau BELUM PERNAH BERKAHWIN seperti mana dakwaan media. Malah beliau juga meminta media bertanya sendiri pada gadis tersebut SEBAB SEBENAR Fara enggan meneruskan majlis yang dirancangkan.
Baik. Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini, aku sangat mengenali Hafiz yang aku panggil Boy walaupun taklah serapat mana. Malah apabila aku menerima panggilan kira-kira pukul 1.09 pagi tadi, aku pun terkejut siapakah yang menelefon aku awal-awal pagi begini kerana aku tidak pernah 'save' nombor beliau, hanya kami kebetulan dalam satu 'whatsapp group'. Rupanya Hafiz yang call.
Selama hampir sejam kami berbual hati ke hati, man-to-man talk, tentang apa yang berlaku. Walaupun beza umur kami hampir 10 tahun, tetapi aku tetap hormat pada 'adikku' ini kerana latar belakangnya, pekerjaannya dan yang paling penting kerana
hati budinya.
Pendek kata, he's a nice guy!
Menariknya, selama sejam kami berbual, Hafiz langsung tidak menceritakan 'keburukan' Fara, jauh sekali mendendami gadis yang sepatutnya beliau nikahi itu. Yang sering keluar dari mulutnya cuma betapa beliau perlu kuat dan 'move forward' atas apa yang berlaku. Ini aku patut puji sekaligus menampakkan kematangannya walaupun baru berusia 30 tahun, enam tahun lebih muda dari Fara.
Bohong kalau aku tidak tanya mengapa Fara membuatkan keputusan drastik sebegitu. Namun dalam bab ini Hafiz masih konsisten dengan apa yang telah beliau jelaskan pada media sebelum ini.
" Bang, bukan saya taknak buka mulut, bukan saya nak lari dari media tetapi memandangkan Fara yang umumkan pembatalan perkahwinan kami, adalah lebih baik ditanyakan sendiri soal tersebut pada yang beliau, " katanya sayu.
Hafiz mengakui seperti mana Fara, beliau juga tertekan kerana segala persiapan, undangan telah dibuat. Malah beliau sendiri tidak sabar untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasih yang dicintainya itu tetapi beliau redha dengan ketentuan ini dan menerima andai itulah penamat percintaan mereka.
Ditanya apakah yang beliau harapkan ketika ini, Hafiz berkata beliau perlu masa untuk menenangkan fikirannya dan ruang untuk beliau terus bersama keluarga yang menjadi tunjang kepada kekuatannya selama ini.
" Saya bukan selebriti bang, saya tak perlukan publisiti...saya hanyalah insan biasa...jadi bila jadi perkara sebegini, saya berasa sangat 'terkesan'...saya menghargai media tetapi janganlah buat spekulasi yang tak betul...rasanya kenyataan balas saya semalam kepada media sudah cukup jelas dan panjang lebar...sekarang ini saya perlu 'move on' walaupun ia bukan mudah, " kata Hafiz.
Actually perbualan kami malam tadi bukanlah 'menarik' dari konteks media kerana tidak ada yang sensasi atau 'benda panas' yang keluar dari mulut Hafiz cuma bagi aku secara peribadi, mengetahui yang Hafiz dapat handle situasi yang runcing ini dengan tenang pun dah lebih dari cukup.
Secara peribadi, aku juga mendoakan agar Fara tenang melalui hari-hari yang mendatang walaupun kisah ini bukanlah satu memori yang indah buat seseorang yang dah hampir benar untuk menempuh gerbang perkahwinan. Pasti ada sebab dan musabab Fara berbuat demikian namun biarlah ia 'berkubur' dengan sendirinya seperti mana berkuburnya cita-cita dan harapannya selama ini.
Jangan dihina Hafiz dan pada masa yang sama jangan dinista Fara. Tiada siapa manusia yang normal akal dan fikirannya mahu menghancurkan pelamin yang sedang dibina. Aku percaya Fara dah cukup matang untuk membezakan mana intan, mana permata dan Hafiz dah cukup waras untuk membezakan mana indahnya berlian dan mana rapuhnya kaca.
Aku harap walaupun Hafiz dan Fara bukannya saudara mara kita, tetapi mereka juga seagama dengan kita yang LAYAK untuk mendapatkan doa dari tangan mereka yang membaca artikel ini.
Tidak ada cacatnya Hafiz, tidak ada celanya Fara. Hanya takdir yang menentukan...segalanya telah berakhir di sini.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” -Surah Al-Baqarah (ayat 216)
.
Ikhlas dari 'abangmu',
SYAHRIL A. KADIR
Kuala Lumpur.
Baca Lagi

Wednesday, September 7, 2016

Unknown

KATA-KATA HELIZA HELMI TERHADAP SAFIEY ILIAS BUAT RAMAI NETIZEN BERSETUJU DENGAN PENDAPATNYA

Jika sebelum ini Dai' Wan telah tampil membuat luahan pujukan selepas khabar berita mengejutkan Safiey Ilias yang kembali berubah melawan fitrah, kini giliran Heliza Helmi pula membuat luahan.

Heliza Helmi melalui laman Facebooknya semalam telah menurunkan satu pos yang panjang mengajak agar Safiey tidak terjerumus kembali dalam dunia lamanya iaitu seorang mak nyah.

Baca: "Ini Gambar Pertama Kali Kita Bertemu dalam Aturan Allah", Ini Luahan Hati Dai' Wan Selepas Safiey Illias Kembali Berubah

Beliau dalam pada itu berkata "betapa kami semua memerlukan doamu untuk kami juga menjadi orang yang baik dan semakin baik di sisiNya, kami juga insan pendosa. Kami sendiri banyak khilaf,kelemahan , dan kami sendiri pun kena cermin diri kami sendiri. "

Jom kita baca luahan penuh Heliza.

Bismillahirrahmanirrahin. Assalamualaikum wbt Safiey Ilias.semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihAllah swt, Aamiin
.
.
Ni kali pertama Kak Ija kirimkan mesej pada Safiey Ilias. Safiey apa kabar? Moga Safiey sihat hendaknya, Aamiin
.
Pertama Kak Ija nak ucapkan terima kasih sangat sangat kerana Safiey banyak memberikan kami kesedaran, di mana kami ni ,ada buat silap, ada kekurangan diri sendiri, banyak tutur kata , penulisan kami tidak kami jaga sehingga menyebabkan Safiey tersinggung. Maafkan kami Safiey. :'(
.
Kak Ija selalu baca post post Safiey, selalu bagi motivasi sampai Kak Ija kagum MasyaAllah, memang kuat Safiey ni. Sungguh! Kami kagum dengan anda yang sentiasa memberikan kami inspirasi dan motivasi, kami pun tak mampu nak jadi hebat macam Safiey. Terima kasih Safiey sebab selalu bagi kami semangat dalam hidup kami. BarakAllahu Fiik.
.
Dan sebenarnya ada sekali tu Kak Ija dijemput untuk satu program Forum ni dimana, kita akan digandingkan dalam forum tu. Masa tu seronoknya dan tak sabar nak berforum dan mendengar perkongsian dari Safiey, namun kita merancang Allah juga merancang, sebaik baik perancang adalah perancangan Allah, Safiey tak dapat turut sama dalam forum. Tak apalah, mungkin ada rezeki lain in sha Allah :)
.
Safiey, betapa kami semua memerlukan doamu untuk kami juga menjadi orang yang baik dan semakin baik di sisiNya, kami juga insan pendosa. Kami sendiri banyak khilaf,kelemahan , dan kami sendiri pun kena cermin diri kami sendiri. Orang macam Safiey dan kawan kawan Safiey banyak bagi kami sedar yang banyak kelemahan kami kena perbetulkan. Terima kasih menjadi asbab untuk sedarkan kami 🙏🏻😭
.
Jom kita sama sama berjemaah saling bantu membantu, menyokong , saling mendoakan, berkata yang baik baik, kita sama sama minta Allah jaga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya sehingga nafas terakhir. Aamiin. Safiey, kami sentiasa ada bersamamu, doa kami mengiringi
.
Safiey,Kak Ija yakin Allah sayang Safiey sangat sangat. Begitu juga dengan kami semua. Betul kan sahabat semua?.....
.
Andai perjuangan itu mudah,
Pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan itu menjanjikan kesenangan,
Pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu,
Turun naiknya,sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tidak terhingga,
Andai rebah, BANGKITLAH SEMULA,
Andai terluka,INGATLAH JANJINYA
Baca Lagi
Unknown

Patutlah Lama Menyepi, Rupanya Ini Yang SAIFUL APEK Buat Sekarang yang sungguh tidak anda sangka

saiful%2Bapek.jpg
PELAWAK dan pelakon komedi Saiful Apek mengakui masih aktif dalam bidang seni meskipun kelibatnya kini semakin jarang menghiasi kaca TV mahupun layar lebar.
Menurutnya, dia kini banyak terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir yang memerlukan dia turun padang bersama-sama krew produksi untuk beberapa projek kendalian produksinya, Gitu-Gitu Productions Sdn Bhd.
Sebenarnya memang sejak dulu lagi saya terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir, cuma sekarang ini saya lebih aktif kerana mempunyai lebih banyak masa untuk berbuat demikian. Selain menerusi lakonan dan lawak jenaka, saya kalau boleh mahu memberikan sumbangan kepada industri dengan cara yang lain juga.
Melalui produksi sendiri, saya mahu lebih banyak menerbitkan program-program yang boleh memberi inspirasi dan motivasi kepada orang ramai. Misalnya yang terbaru saya terlibat dengan sebuah program TV yang menampilkan konsep jelajah busking.
“Saya dan team akan membuat siri persembahan busking ke seluruh negara dengan menggunakan peralatan muzik tradisional,” katanya.
Katanya, ia sesuatu yang cukup menarik untuk diketengahkan kepada masyarakat, khususnya anak-anak muda yang mungkin sudah tidak berapa kenal dengan peralatan muzik tradisional ini.
Menyentuh tentang dunia lakonan, pemenang Bintang Paling Popular, ABP 2003 ini kini sedang sibuk dengan penggambaran filem KL Vampires.
Sedikit selektif dalam menerima tawaran berbanding sebelum ini, Saiful Apek, kini mahu tampil dengan sesuatu yang memberi boleh kelainan kepada dirinya.
Suatu ketika dahulu, saya terima sahaja tawaran yang diberikan kerana faham ketika itu saya diperlukan sebagai pelaris.
“Asalkan tidak bertembung dengan jadual kerja yang lain, saya OK sahaja. Tetapi sekarang saya tidak boleh buat begitu lagi,” katanya.
Jelasnya, seiring dengan pengalaman dan perjalanannya dalam bidang seni ini sudah pasti ada perkara-perkara yang perlu dititik-beratkan seperti kualiti atau nilai penampilan dan sebagainya.
Mungkin disebabkan itulah saya kini dapat merasa untuk bawa watak-watak lain selain komedi.
“Tak sangka ada pihak yang memberi kepercayaan kepada saya untuk bawa watak-watak yang lebih serius seperti antagonis dan sebagainya,” katanya.
Menurut Apek lagi, apa yang lebih menarik, dia juga kini banyak mendapat peluang untuk bekerja dengan pengarah atau produksi yang bukan Melayu.
“Rasa terharu apabila mereka tahu latar belakang kerjaya seni saya dan yakin untuk bekerjasama dengan saya.
“Peluang untuk menimba pengalaman berbeza ini membuatkan saya sentiasa rasa teruja untuk bekerja, katanya.

Senario muncul semula
Terbaharu, ikon komedi ini juga berkongsi dirinya bakal membuat kemunculan semula bersama kumpulan Senario yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dahulu.
Sebenarnya sudah lama saya dan anggota Senario yang lain merancang untuk kembali membuat kemunculan semula.
“Namun baru tahun ini ia bakal menjadi kenyataan. Hampir setengah tahun ini saya dan rakan-rakan membuat persiapan untuk projek ini. InsyaALLAH mungkin sekitar penghujung tahun ini akan muncul dengan sesuatu yang baru buat peminat,” jelasnya.
Katanya, projek ini dibuat kerana permintaan daripada peminat.
“Mungkin mereka rindukan penampilan kami suatu ketika dulu di mana ketika itu mereka membesar seiring dengan perkembangan kerjaya seni kami.
“Anak-anak saya sendiripun pernah mengatakan perkara yang serupa apabila dia sendiri rindu nak dengar lagu-lagu yang penuh motivasi daripada kumpulan Senario dulu selain-selain sitkom-sitkom yang kami jayakan, akuinya.
Baca Lagi

Tuesday, September 6, 2016

Unknown

Jom tengok Biodata dan Rekod Kejayaan SAFIEY ILIAS Yang Kembali Jadi Pondan Semula

Kenali biodata Siapa Safiey Illias pondan jutawan Malaysia jadi lelaki semula. Isu Safiey Ilias kini mula mendapat perhatian umum apabila “gadis” ini telah insaf dan balik ke pangkal jalan untuk jadi lelaki semula. Pembedahan untuk membuang implan telah berlangsung dengan lancar bertempat di Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu 16 April 2016. Perubahan yang dilakukan oleh Safiey Ilias telah mendapat sokongan pengguna laman sosial dan kini kisahnya turut terpapar di media cetak tempatan.
Biodata Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula

Nama Penuh: Saifuddin Bin Illias
Nama Komersial: Safiey Illias
Umur: 22 Tahun (2016)
Tarikh Lahir: 19 Mei 1994
Asal: Felda Lakum , Lanchang Pahang
Alamat Terkini: Kuala Lumpur
Jantina: Lelaki
Pekerjaan: Usahawan Online Produk Perlaking, Pakar Motivasi dan Mentor dalam dunia perniagaan
Pendidikan: 5 A UPSR, 8A PMR dan SPM (Semua A)
Sekolah: Sekolah Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), SMK Datuk Bahaman , Lanchang, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK), UITM Shah Alam
Foto Safiey Ilias menunjukkan beliau merupakan seorang pelajar cemerlang dengan mencatat 8A PMR

Fakta Kejayaan Safiey Ilias Pondan Jutawan Malaysia
  • Merupakan seorang pelajar cerdik dan telah mendapat semua A dalam UPSR, PMR dan STPM
  • Telah mula berniaga sejak dari Tingkatan 4 lagi dari asrama di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Pahang
  • Memulakan bisnes tanpa modal pada ketika itu dengan mendaftar sebagai dropship produk kecantikan.
  • Bukan datang daripada keluarga berada. Pada masa itu, ayah Safiey Ilias hanya memakai kereta kancil
  • Mula menjana simpanan RM200K pada usia 17 Tahun sebaik sahaja tamat sekolah menengah
  • Masuk ke UITM tapi berhenti belajar kerana ingin fokus kepada perniagaan
  • Produk pertama keluaran sendiri adalah produk “Aurora” dengan modal RM500
  • Pada usia 19 tahun telah mampu membeli rumah secara tunai
  • Membeli kereta mewah seperti Camry, Audi, Mini Copper dan Hummer secara tunai
  • Menjana keuntungan 1 hingga 2 Juta pada usia 22 Tahun
  • Dalam mengecapai kejayaan Safie Ilias juga telah menyimpang jauh daripada Allah kerana melakukan suntikan horman untuk menjadi seorang wanita. Selain itu, telah melakukan pada bahagian dadanya supaya memiliki ciri-ciri seorang wanita.
  • Safiey Ilias juga telah dihujani dengan pelbagai kontroversi dengan ramai mendakwa beliau sebagai “Ahli Neraka”
  • Pada usia 22 tahun, beliau telah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Perubahan semula Safiey menjadi lelaki semula telah diterima baik oleh masyarakat.
Gambar Terkini Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula
Hidayah milik Allah, pada 16 April 2016 Safiey Ilias telah balik ke pangkal jalan dengan melakukan pembedahan untuk membuang implan pada bahagian dadanya.



Antara Produk Milik Safiey Ilias Dibawah Syarikatnya DSI Empire
Antara Gambar Kereta Mewah Milik Jutawan Safiey Ilias


   

Sumber: Biodata Safiey Ilias Pondan Jutawan Jadi Lelaki Semula | melvister.com 
Baca Lagi
Unknown

"Ini Gambar Pertama Kali Kita Bertemu dalam Aturan Allah", Ini Luahan Hati DAI' WAN Selepas SAFIEY ILIAS Kembali Berubah jadi PONDAN


6 Sept - Hari ini, kita dikejutkan dengan khabar berita mengejutkan Safiey Ilias yang kembali berubah melawan fitrah.

Dalam masa yang sama juga, pelbagai pihak cuba menarik kembali Safiey dari terjerumus semula ke kancah dosa dengan pelbagai nasihat dan pujukan.

Dai' Wan, baru-baru ini memuat naik kisah perbualan dan cubaannya untuk memujuk Safiey Ilias.

Biarpun gagal, Dai' Wan masih lagi menasihati agar Safiey bersabar dan cuba berusaha melawan semula perasaannya untuk bertukar menjadi wanita.

"Tiada insan suci yang tidak punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan", tulis Dai Wan.

Ikuti perkongsian penuh dari Dai Wan


Ini gambar pertama kali kita bertemu dalam aturan Allah swt, Safiey Ilias.
Wan tidak punya panjang bicara lagi, kerana kita sudah bercakap dalam What's app hampir 1 jam tadi dengan bertujuan untuk pujuk Safiey, istiqomah semula.

Namun malam ini, Wan tak berjaya.
Safiey, kata hati penat. Letih. Tak tahan lagi dengan semua ini. Fed up.
Wan tenangkan Safiey lagi, berkali-kali juga.
Untuk jangan..
Untuk sabar.....

Seluruh ahli keluarga Safiey pun melakukan yang sama.
Wan terfikir ditempat ahli keluarga Safiey, jika Wan menjadi salah seorang dari ahli keluarga Safiey, pasti Wan akan terasa:

"Kadang-kadang dia tak tahu betapa kita sayangkan dia. Dia tetap dengan pilihan dia sahaja."
Mengapa disimpan pada hati sendiri dan biar ia terluka seorang diri Safiey, sedangkan kami yang mendoakan, tetap sahaja bersama.

Safiey, pandanglah kami yang terdekat ini, jika yang jauh boleh mengecammu.
Kami yang dekat ini tidak Safiey lihatkah, mereka yang jauh dengan kecaman, itu yang Safiey pertimbangkan.

Wan telah pesan tadi.

Kini bukan waktunya menilai dengan hati. Kerana ia berada dalam keadaan sakit, penat dan terluka.
Gunakan anggota lain waktu ni Safiey, ia adalah akalmu. Cari masa untuk kuat semula. Gunakan ia untuk melawan dan bermula baru dengan berhikmah. Lakukan atas nama dakwah. Bukan atas jagaan hati dan pandangan manusia lagi, sebab itu kamu penat, kamu kecewa, kamu terduduk sebentar sambil tertunduk.

WaAllahi, Allah akan bantu kamu Safiey.

Safiey,
Cuba lihat apa yang telah kamu miliki hari ini?

"Ahli keluarga yang selalu bersama dalam pahit manis liku hidup Safiey, sahabat2 dekat yang tahu Safiey lebih dari semuanya, rakan2 perniagaan yang menjadikan kamu contoh usahawan berjaya, agamawan yang memandang hijrah Safiey sebagai satu kesan baik pada agama & orang-orang sekeliling yang pernah titipkan masa mereka untuk dengar luahan dan kisah Safiey diserata Malaysia."

Kalau pun Safiey penat, kecewa, letih kerana mereka yang acapkali menghentam, mengkritik, negatif viewers.

Ketepikanlah semua itu malam ini, semata untuk Allah dan kami. Kesiankanlah kami yang bersamamu ini. Fikirkanlah kami juga.
Janganlah kembali seperti dulu, Safiey.
Sabarlah...
Sabar...
Sabar.

Semakin Safiey sabar, semakin tinggi darjatmu disisi Allah, apatah lagi malaikat, apatah lagi manusia.

Safiey, this is for you.

"Tiada insan suci yang tidak punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan."

Ini ungkapan yang pernah Safiey ungkapkan dulu sewaktu Wan tonton kamu Live di Tv, dan kamu menangis kerana Hidayah-Nya.

Atas nama syukur, pertahankanlah ia.
Pertahankannya.

Yang benar, Da'i Wan.

Sumber : Dai Wan
Baca Lagi