Wednesday, June 1, 2016

Unknown

13 Cara ibu bapa boleh boleh manfaatkan cuti sekolah anak-anak

Cuti sekolah datang lagi..yeayyyy!!!..Seronok anak2..masa inilah yang di tunggu2 oleh mereka.. Mana taknya, time ni lah mereka akan ambil kesempatan untuk bangun leat dan bermalas-malasan di rumah, Tapi..sebagai ibubapa, kita harus waspada juga, takut nanti mereka akan melakukan perkara-perkara yang tidak di ingini akibat bosan an tiada aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan. Apatah lagi jika ibubapa masing2 bekerja..di sini saya akan kongsikan beberapa perkara yang boleh dirancang dan dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan masa lapang anak-anak di isi dengan perkara-perkara yang berfaedah.



1. Kem cuti sekolah
Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ini. Ambillah peluang dengan menyertai kem yang berfaedah dan dapat memberi input yang baik kepada anak-anak seperti Kem Ibadah, Kem Jati Diri dan sebagainya.

2. Sertai kelas kemahiran
Bagi memastikan jadual cuti sekolah anak anda terisi dengan aktiviti berfaedah, anda juga boleh memilih untuk memasukkan anak anda ke dalam kelas jangka pendek seperti kelas memasak, kelas muzik, kelas melukis atau kelas seni mempertahankan diri.(mengikut kecenderungan dan minat anak-anak)

3. Membuat ulangkai subjek yang akan di pelajari pada tahun hadapan.
Pada pelajar yang  yang telah dibekalkan buku teks oleh guru, bolehla membuat persediaan awal dengan membaca dan membuat ulangkaj subjek2 yang akan di pelajari pada tahun berikutnya.
.
4. Membaca buku cerita
Semasa cuti persekolahan ini, galakkan anak anda untuk menghabiskan membaca buku cerita kegemaran mereka. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberi keyakinan untuk berucap dihadapan orang ramai.

5. Singgah ke perpustakaan
Luangkan masa untuk membawa anak anda untuk singgah ke perpustakaan. Persekitaran yang sunyi dan tenang pasti memberikan pembacaan yang lebih rileks. Bahan bacaan yang mempunyai nilai-nilai murni dapat dijadikan pengajaran.
6. Melawat sanak saudara
Ambillah peluang pada musim cuti sekolah ini untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan menziarahi sanak-saudara yang sudah lama tidak bertemu.

7. Melawat ke tempat bersejarah dan ilmu
Selain membaca buku, melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah atau pusat sains seperti Muzium, Petrosains dan Planetarium juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman anak-anak.

8. Hadiri kelas insentif Al-Quran
Bagi memastikan masa lapang anak-anak dipenuhi dengan program-program berfaedah, anda juga boleh menghantar mereka ke kelas insentif Al-Quran. Selain dapat memperbaiki bacaan, anak-anak anda juga pasti dapat berkenalan dengan kawan baru.

9. Bersiar bersama keluarga
Ketika cuti sekolah ini bawalah anak-anak anda bersiar-siar ke tempat-tempat menarik. Aktiviti ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin erat.
10. Berkebun bersama ibu bapa
Berkebun bersama anak-anak boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti masa lapang pada musim cuti sekolah. Selain dapat mempelajari ilmu pertanian, berkebun juga dapat menyihatkan tubuh badan anda sekeluarga.

11. Kemas rumah dan bilik tidur
Mungkin sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh anda atau bibik, jadi apa kata di musim cuti sekolah ini dapatkan anak-anak anda untuk turut membantu mengemas rumah dan bilik tidur. Dengan ini anda dapat memupuk rasa tanggungjawab ke atas anak anda.

12. Beriadah bersama kawan
Beri kebenaran kepada anak-anak anda untuk mengisi jadual cuti mereka dengan beriadah bersama kawan kawan di taman permainan berhampiran. Selain dapat memberi kesan baik pada kesihatan, ia juga dapat mengeratkan persahabatan antara satu sama lain.

13. Bergotong-royong
Pada cuti ini, apa kata ajak anak-anak anda untuk bersama seisi keluarga bergotong-royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah. Persekitaran yang bersih akan mendatangkan suasana harmoni di dalam keluarga.


Walau apapun aktiviti yang dijalankan, ibubapa harus membuat pemantauan berkala agar apa yang dirancang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. pastikan juga kesihatan anak2 kita berada di tahap yang maksimum. Barulah dapat menimbulkan mood yang optimum sepanjang menjalankan aktiviti. Selamat bercuti. Semoga apa yang di kogsikan dapat memberi manfaat untuk kita semua.