Monday, February 29, 2016

Unknown

TERIMA KASIH JADI VIRAL!!! Saya sudah berjaya 2 juta unit JUBAH PAHLAWAN - Syubaili Aziz

Biarpun mendapat kecaman ramai kerana menyerupai ‘dress’ wanita, ternyata publisiti negatif yang meluas di media sosial berjaya meningkatkan jualan ‘Jubah Pahlawan’.
Pereka jubah berkenaan, Syubaili Aziz yang juga pengasas Farbel Exclusive berkata, beliau berjaya menjual dua juta unit jubah berkenaan sejak ia menjadi viral di media sosial.
“Dua juta telah terjual dalam tempoh tiga hari sejak gambar model-model lelaki menggayakan jubah tersebar dan menjadi viral Jumaat lalu,” katanya yang dipetik Malay Mail Online.
Beliau berkata, ‘Jubah Pahlawan’ yang dijual dengan harga RM225 seunit itu turut menerima tempahan dari Brunei, Singapura, Thailand, Taiwan dan Arab Saudi.
Katanya, 80 peratus pelanggannya adalah ahli perniagaan tempatan dan golongan berstatus VVIP dan antaranya bergelar Tan Sri.
Syubaili berkata, bukan Islam juga turut membeli jubah berkenaan untuk dipakai ketika menghadiri majlis atau perayaan masyarakat Islam.
Menceritakan lebih lanjut, Syubaili berkata, beliau mereka Jubah Pahlawan itu yang mempunyai ‘cutting’ bersama isterinya, Farrah, supaya ia kelihatan menarik walaupun untuk pemakai yang berbadan besar.
“Sepatutnya ‘Jubah Pahlawan’ ini longgar tetapi kami tidak sangka ia kelihatan ketat apabila digayakan model-model lelaki ini,” katanya yang hanya tersenyum dengan komen-komen negatif netizen

kredit: freemalaysiatoday