Friday, February 19, 2016

Unknown

Mana satu pilihan anda KESELURUHAN TELUR VS PUTIH TELUR??

Memang telah lama menjadi persoalan yang mana lebih bagus putih telur atau keseluruhan telur kerana terdapat banyak pendapat yang berbeza terutama dikalangan otai-otai bina badan ada yang kata kuning telur tak bagus banyak kolesterol dan ada yang kata kuning telur bagus kerana punya kolesterol yang bagus untuk jantung kita.
Jika anda pendatang baru dalam bina badan pasti anda keliru nak ikut pendapat yang mana satu..
Mari kita kupas persoalan ini.
Selepas dada ayam dan protein shake, putih telur adalah pilihan yang terbaik dalam seni bina badan. Ini kerana putih telur adalah sumber protein tulen, mengandungi hampir 100% protein tanpa lemak dan karbohidrat. Sebab itulah apabila anda mencari sumber makanan yang tinggi kandungan protein dan rendah kalori, putih telur tiada tandingannya.
Keseluruhan telur pula sebaliknya, mengandungi kalori yang agak tinggi berbanding putih telur kerana terdapat kuning telur
Pelbagai vitamin penting seperti vitamin A,D,E,K terdapat dalam kuning telur ini.
Kuning telur ini juga mengandungi lemak yang sihat dan kolesterol baik yang amat penting untuk pengeluaran hormon seperti testosteron.
Kuning telur juga mengandungi protein yang sama banyak dengan putih telur.
Mari kita buat perbandingan kandungan dalam keseluruhan telur vs putih telur,
KESELURUHAN TELUR 
• 4 BIJI
• PROTEIN = 28G
• KARBOHIDRAT = 2G
• LEMAK = 21G
• KALORI = 312
PUTIH TELUR
• 8 BIJI
• PROTEIN = 28G
• KARBOHIDRAT = 2G
• LEMAK = 0G
• KALORI = 137
Berdasarkan perbandingan diatas kesimpulannya jika anda mencari protein dan nutrisi untuk diet rendah karbo anda keseluruhan telur adalah pilihan terbaik berbanding putih telur.
Keseluruhan telur masih lagi rendah kandungan karbohidratnya dan agak jimat kerana anda hanya memerlukan hanya 4 biji telur saja berbanding putih telur 8 biji untuk mendapatkan 28 gram protein.
Dalam erti kata yang lain jangan membazir tambahan pula dalam keadaan ekonomi lembab seperti sekarang dan harga telur yang semakin mahal.
Keseluruhan telur juga mempunyai kualiti amino acid yang lebih baik yang dapat membatu anda mendapat hasil yang lebih baik dalam bina badan..