Friday, February 19, 2016

Unknown

JoHaRa Pagi ERA Tak Kisah Dicop Syok Sendiri


Pengendali program JoHaRa Pagi Era, Johan, Haniff dan Ray tidak kisah dicop syok sendiri  malah mengakui perkara tersebut.

Johan ketika diminta mengulas tentang perkara tersebut berkata, berbaloi mereka syok sendiri kerana pilihan ditangan pendengar.


“Ia bukan satu tugas yang mudah meski orang mungkin beranggapan begitu. Saya akui, ada segelintir yang anggap kami ni syok sendiri ketika berada di konti.

“Bagi saya, memang kami kena syok sendiri sebab kalau kami tak buat begitu, macam mana pendengar pun nak syok untuk dengar kami? 

“Kalau mereka suka, kami juga suka dan anggap ia adalah respon yang positif untuk kerja kami,” katanya.

Tambahnya lagi, mereka perlu ‘gembira’ dahulu sebelum mengembirakan orang lain.

“Untuk kami kegembiraan dan keceriaan itu perlu ada pada kami dulu baru kita mengajak orang  untuk bersama-sama kita sertai ‘kegilaan’ itu.

“Biar kami syok dulu, sebelum orang lain syok,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, Johan turut menolak andaian program tersebut popular kerana kewujudannya.

“Masing-masing memainkan peranan dan bekerja sebagai satu pasukan demi memastikan pendengar akan tetap setia dengan kami,” ujarnya.

Bagi Haniff pula, tahun pertama bergandingan bersama Johan dan Ray, dia mengakui terpaksa ambil masa untuk mencari keserasian bersama.

“Kekok bila semua nak bercakap dan ia kadangkala jadi tidak seimbang. Jadi apa yang kami lakukan ialah terpaksa angkat tangan bila siapa nak bercakap bagi mengelakkan pertembungan antara penyampaian masing-masing.

“Alhamdulillah, sekarang kami sudah tak perlu angkat tangan lagi untuk bercakap,” katanya sambil berseloroh.

Sementara itu, Ray juga melahirkan pandangan populariti JoHaRa sebenarnya tidak cuma pada pasukan dasar dan di belakang tabir, tetapi juga kerana sokongan yang diberikan oleh pendengar setia mereka.

 “Tak perlu untuk kami terlalu menjaga kesempurnaan ketika di konti kerana di akhirnya, orang mahu suasana yang realistik. Jadi bila kami tersasul cakap, bergurau merepek dan sebagainya, itu adalah diri kami yang sebenar,” katanya.

JoHaRa pagi Era tercalon dalam kategori Program Radio MeleTop di Anugerah MeleTop Era 2016 (AME 2016).

Selain itu Johan, Haniff dan Ray turut tercalon dalam kategori Penyampai Radio MeleTop.

kredit: Astro Gempak